Friday, October 29, 2010

Pray for Indonesia

No more assignments,no more things to do,except for waiting for the exams to come..I'm taking a few days off before starting my revisions for the upcoming finals..

Banyak perkara berlaku akhir-akhir ini..Antara yang paling menyedihkan adalah tsunami di Mentawai, dan juga letusan gunung Merapi di Indonesia..Ternyata,kita tidak mampu melawan kuasa yang Maha Besar..Secara tidak langsung,kita diheret mengenang apa yang berlaku di Acheh,few years back...Al-Fatihah..:-(

Kali ini,saya tidak mahu mengkritik..Dan bukan juga mahu mendabik dada..Cuma ada beberapa perkara menarik yang saya rasa patut kita renungkan..Kita bersyukur perkara-perkara seperti ini tidak terjadi di negara kita..We are blessed..dan untuk itu,kita wajib bersyukur..

Bukan mahu mengungkit,tapi cuba renungkan..Samada rakyat Malaysia,atau Indonesia sendiri..Teringat tidak berapa lama dahulu,dan masih berterusan sampai sekarang,tentang beberapa perkara yang memanaskan hubungan antara Malaysia dan Indonesia..Bendera kita dipijak,rakyat kita mahu dihalau,kedutaan kita dilempar najis..Sweeping Malaysia,Ganyang Malaysia..Kita terasa..Sama seperti terasanya rakyat mereka..Cuma bezanya,kita tidak membalas..Which is a good thing..Biarpun ada yang mengatakan kita lemah,tapi kita sebenarnya kuat apabila bersikap lebih matang..

Hari ini,kita melawan slogan 'Sweeping Malaysia','Ganyang Malaysia',dengan slogan 'Pray for Indonesia'.. Kita lawan dengan menghantar pasukan perubatan,bekalan makanan dan sebagainya..Kita berkongsi kesedihan..We don't care about those provocation anymore..Apa yang penting,kita bantu mereka yang dalam kesusahan..Bergaduh tidak akan membawa kita ke mana-mana..Insyallah,kalau kita ikhlas membantu,tiada istilah ganyang mengganyang lagi satu hari nanti..Sampai satu hari semua orang sedar apa yang berlaku, hanyalah salah faham..Sampai satu hari kita faham bahawa blaming anyone would not solve any problem..

Sejak kecil,saya diajar oleh keluarga untuk tidak membalas keburukan dengan keburukan..Biar orang buat jahat dengan kita,jangan kita buat orang..Prinsip ini,mungkin buat kita nampak lemah,dan senang dipijak kepala..Tapi pada hakikatnya,prinsip ini mengajar kita erti kekuatan..Bukan menjadi hak kita untuk menghukum sesama manusia..Semua orang melakukan kesilapan,termasuk kita..Apa yang penting,kita sentiasa memberi peluang untuk seseorang memperbaiki diri..Salah faham tidak perlu hingga membawa kepada kehancuran sebuah perhubungan..

Jadi,inilah peluang kita..peluang kedua-dua pihak..I hope after this,no more Ganyang or what so ever...

And for that...let us all together,PRAY FOR INDONESIA~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

No comments: