Thursday, October 20, 2011

Protection...with a Gathering?

Kebetulan...

Last few posts,memang banyak tulis perkara-perkara mengenai akidah..Dan sekali tiba-tiba,lately ni,banyak pulak perkara yang berlaku di Malaysia,juga berkenaan akidah..Last week I asked YB Zul if we really need 'Perhimpunan Sejuta Umat' yang akan berlangsung hari Sabtu ini di Malaysia..Dan semalam,gua diserang bertalu-talu,apabila mempersoalkan bagaimana sebuah perhimpunan,dapat mempertahankan akidah manusia..Tambahan pula,saya dikatakan seorang yang penakut apabila berdepan soal akidah..So here is my answer..

Takut?

Siapa yang takut?..dan kenapa kita perlu takut?
Adakah kita terlalu lemah dan longlai,apabila berdepan dengan orang bukan Islam?
Adakah akidah kita mudah terpesong apabila membaca Bible?
Apakah akidah kita goyang apabila masuk ke gereja?
Soalan saya,apa sudah jadi pada umat Islam di negara kita?

Orang Australia takut sebab Islam adalah agama yang paling berkembang pesat..
Malaysia?..Bimbang agama umatnya terpesong sesat..

Apa cerita?
Bukankah dah terbalik tu?

Kita berhimpun beramai-ramai,seolah-olah kita ditindas di negara kita sendiri..Sedangkan hakikatnya,kita yang memegang kuasa,majoriti kita adalah Islam,dan kita mempunyai pelbagai kelebihan di dalam perlembagaan..

Jawapan saya mudah..Kita tidak mempertahankan akidah melalui perhimpunan!
Kita boleh pertahankan akidah,melalui ILMU dan IMAN..



Sementara agama pula,dikembangkan dengan keindahan dan tunjuk ajar yang baik..



----------------------------------------------------
My story

Sejak kecil,saya dididik dengan ajaran agama yang kuat samada dari keluarga,ataupun pendidikan formal..Daripada kecil hingga selesai alam persekolahan,saya rapat dengan ustaz-ustaz..

Tetapi sejak zaman pra-sekolah,saya juga dididik oleh mubaligh-mubaligh Kristian..When I was in pre-school,setiap hari saya bersama dengan sister-sister di sekolah..Ketika berumur enam tahun..Then,in primary school,masih ada beberapa sisters yang menjaga di sekolah..We even went to the church,located next to the school a few times..Lagu sekolah,penuh dengan pujian kepada Saint Thomas,a holy person in Christianity..Lencana sekolah berserta lambang salib,dan burung merpati putih..Simbol nyata bagi agama mereka..

When I was 12,we went into a church in Austria,sebuah negara yang kuat fahaman Katolik nya..Ketika berumur 16 tahun,I've experienced a mass ceremony inside a church in Mexico..Sebuah gereja di mana Mary dikatakan pernah muncul di khalayak ramai..

Itu adalah pengalaman ketika kecil...I don't think I need to share my current experience..We leave it there for the time being..

Akidah,bukan terletak pada kunjungan kita ke tempat-tempat sedemikian,atau pergaulan kita dengan mana-mana orang..

Murtad,adalah masalah yang amat kompleks..I'm 100% sure that we can't solve it simply with a huge gathering of the ummah,or even with the implementation of  'Akta Hudud'..Ulamak juga masih bertelagah dalam soal ini..Terutama soal hukum bunuh,kerana ia tiada disebut dalam al-Quran..Hukum ini disebut dalam hadis-hadis yang dikatakan sahih..Kebanyakan hadis-hadis ini juga dikatakan datang dari Ikrimah,yang pernah dikatakan seorang pembohong,termasuk dari our famous hadith narrators,Malik dan Muslim sendiri..But I'm not a scholar..So I shall leave it to the scholars to solve it..

One of my seniors in high school,kini murtad dan sekarang menetap di Amerika..It was a surprise,as he was our Deputy Head Student,a prefect,and lead us in prayers most of the time..Asal dari Johor,a place considered to be very religious..Kes ini,tidak banyak diketahui oleh masyarakat Malaysia..As his junior,we were quite close to him..He played soccer together with me in the school team..Ada orang kata,sekarang dah jadi Father..Wallahualam..May Allah have mercy on him,and bring him back to the right path..

Bukan saya mahu menunjuk pandai,tetapi hanya ingin menekankan betapa pentingnya ilmu,dan iman berjalan seiringan,biarpun senipis kulit bawang..

Manusia sekarang,sibuk dengan mencari makanan dunia dan material,sehingga kadang-kadang lupa terhadap makanan rohani..Kita dijadikan daripada jasad yang ditiupkan roh ke dalamnya..Jasad akan luput satu hari nanti,dan kita akan kembali dalam bentuk asal kita,iaitu roh pabila sampai ketikanya sehingga hari kiamat..Jadi terpulang pada kita to find the 'food' for the roh,the real us..

Perjalanan spiritual seseorang mungkin berbeza..Di situlah perlunya kekuatan ilmu dan iman pada kadar yang seiringan..I am in the same shoes,masih memperbaiki apa yang mampu..Apa yang saya alami dalam hidup,tidak semestinya sama dengan apa yang anda alami dalam hidup..

Apa yang saya boleh kongsikan,hanya ILMU yang dapat mempertahankan kita,terutama ketika iman dalam keadaan yang goyang,dan hanya IMAN yang dapat mempertahankan kita,apabila ilmu yang ada tidak membantu..

Kesimpulannya,tiada apa yang kita perlu takut sehingga perlu kepada perhimpunan besar-besaran..Saya sendiri,secara jujur,sebenarnya lebih takut kepada mereka yang sebangsa dan seagama dengan saya,yang tidak mengamalkan ciri-ciri keislamannya..Kerana mereka ini lebih dekat dan jauh lebih berpengaruh dalam kehidupan seharian..

Kita akan lebih mudah terpengaruh dengan rakan-rakan seagama yang minum misalnya,daripada terpengaruh dengan mereka yang bukan seagama,kerana kita perlu menunjukkan keindahan agama kepada yang tidak mengetahui..Sebab natijah manusia,memang suka mengikut orang sekeliling yang rapat dengannya..

Bagaimana untuk meningkatkan ilmu dan iman samada untuk diri sendiri,keluarga atau anak-anak,masing-masing perlu mencarinya dan melaluinya sendiri..Perhimpunan,akta,enakmen,hukuman,dan apa-apa jenis protection pun di atas kertas,tidak akan dapat membantu..Sebab akidah adalah soal di dalam hati,bukan luaran..



May Allah,protect us all~

--------------------------------------------------------
Let's see what will happen this Saturday...As much as I opposed Bersih,it goes the same with this one..At least,Bersih gua support matlamat..Yang ini,matlamat pun kabur..For me,it's all about showing off.. Berdakwah,bukan begini caranya..Ucapan berapi,membakar perasaan..Makin menjauhkan orang dari agama lagi ada...Lepas ni orang agama lain pulak nak berhimpun..Camne?..Apa jadi pada negara pastu? ..Menguatkan akidah??Naaaa,this is all politics...Podahh~


Adalah lebih baik jika sebarang pertikaian/konflik/salah faham antara agama ini,diselesaikan secara hikmah dan bijaksana..Jauh lebih baik daripada sejuta emo dan demo..:-)

Dear Malaysian brothers,

Demonstration,is usually done by the weak and oppressed,ARE WE??

Yes,I oppose anything that can bring any bad consequences to my country and my religion..Wassalam..

Saturday, October 8, 2011

Saya orang Pahang ;-)

When I was 14,we had to do a project for our History class in school..Kajian Tempatan tajuk dia..

Oleh sebab kami suka membaca majalah Ujang,Doraemon dan komik-komik kepahlawanan Hong Kong..Jadi,inilah yang kitorang jumpa dulu kat sekolah,tentang sejarah asal-usul nama negeri Pahang Darul Makmur..

Hayatilah ceritanya...

----------------------------------------------------------------------------

Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. 

Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura,Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedappppp di dengar. 

Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa sahaja yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai untuk tampil ke istana mencuba nasib masing-masing. 

Pada hari pertama,tidak ramai yang datang ke istana.Kalau ada pun seorang dua. Itupun Raja Inderapura pula tidak berkenan langsung. 

Masuk hari kedua,jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama.Namun,semuanya tidak mendapat tempat di hati baginda. 

Pada hari ke tiga,datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

"Hamba cadangkan nama Karma Sari" ,kata yang pertama.
 
"Hamba pula cadangkan Margapura",kata mamat yang kedua.
 
"Karma Sari lebih molek",tegas yang pertama tu balik.
 
"Molek lagi Margapura!" mamat kedua tu balas tak puas hati.
 
"Pilihlah Karma Sari!"
 
"Margapura!"
"Karma Sari!"
"Margapura!"
 
"Karma Sari laa molek!"
"Molek lagi Margapura!"
 
"Tengkorak hang!",mamat first start maki..
 
"Kepala hotak hang!!",reflek spontan mamat nombor dua..

"Atuk hang laa wei", dia bagi lagi..

Apa lagi,mamat seorang lagi balas laa balik dengan marahnya..

"Woi!!!!Opah hang!"
"OPAH hang!"

"Sudah! Sudah!" Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,

"Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakhir kamu berdua berikan tadi, apa dia tadi haaa?"

OPAHANG! 

Ya... OPAHANG!

PAHANG..sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang."

Demikianlah kisahnya.

---------------------------------------------

p/s: Begitulah agaknya asal-usul nama negeri saya...wakaka!

Jangan ko pecaya lak citer ni..haha.. Sumber- (Majalah Ujang)...

Moral of the story: Aku tengah tensionnn..Musim buku mengawan telahpun tibaaa.. Banyak kejeeeeeeeeeee!!!!huhu..

Wednesday, October 5, 2011

A Spiritual Journey

Iman Tidak Dipaksa

Disiarkan pada Jan 10, 2010 dalam Minda Tajdid, kategori Akidah
Oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Kita mungkin boleh memaksa manusia makan, atau bercakap, atau bergerak, atau diam atau apa sahaja tindakan fizikal. Namun kita tidak mungkin boleh memaksa keyakinan dan kepercayaan seseorang. Ini seperti memaksa seorang mempercayai apa yang dia tidak percaya, atau meragui apa yang dia yakin, atau mengkufuri apa yang dia imani, atau mengimani apa yang dia tidak dapat terima kebenarannya.

Demikian juga kita tidak boleh memaksa perasaan seseorang seperti cinta, benci, suka, marah, sayang dan seumpamanya. Jika kita terus paksa dengan kekuasaan dan kekerasan untuk mengungkap dengan lidah apa yang tidak terkandung dalam jantung hatinya atau perasaannya, dia mungkin menyatakannya dengan lidah tetapi iktikad dan perasaan akan tetap menolak.

Tiada siapa pun dalam kalangan makhluk mampu memaksa akidah orang lain. Apa yang manusia mampu hanyalah paksaan fizikal, sedangkan iman atau kufur seseorang tidak dapat diubah jika tidak dengan kehendak dan kerelaan empunya diri.

Islam sebagai agama yang diturun oleh tuhan yang mencipta manusia, Allah Maha Mengetahui tentang hakikat hambaNya. Maka Islam mensyaratkan iman itu berteraskan keyakinan dalam jiwa insan. Tanpanya, iman tidak dikira atau dinilai. Seseorang yang mengakui beriman kepada Islam dengan cara paksaan tidak diiktiraf. Demikian seseorang yang mengakui kufur kepada Islam dengan paksaan juga tidak hukum bersalah.

Firman Allah (maksudnya)
“Tiada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Maka sesiapa yang tidak mempercayai taghut serta beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada pegangan yang teguh, dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui” (Surah al-Baqarah ayat 256).
Ayat ini diturunkan kepada golongan Ansar di mana dalam kalangan mereka mempunyai anak-anak yang telah diyahudi atau dikristiankan. Apabila Islam datang, mereka ingin memaksa anak-anak mereka menganut Islam, maka Allah melarang mereka berbuat demikian sehingga mereka sendiri membuat pilihan. Lalu diturunkan firmanNya tadi.

Kata Ibn ‘Abbas:
“Ada seorang wanita yang tidak dapat mengandung. Dia bernazar jika dia dapat anak, dia akan jadikannya beragama yahudi. Apabila Yahudi Bani Nadir dihalau keluar dari Madinah, ada dalam kalangan mereka anak-anak golongan Ansar. Kata ibubapa mereka: “Kami tidak akan biarkan anak-anak kami mengikut mereka, maka Allah turunkan ayat: (Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).
Demikianlah ajaran Islam. Ibubapa pun tidak boleh memaksa agama atau keyakinan anak sendiri, inikan pula orang lain.


- Gambar Hiasan
 
Begitulah juga, jika seseorang dipaksa mengkufuri Islam atau tidak percaya dengan Islam, sedangkan jantung hatinya tetap dengan keimanan dan keyakinan, maka sekalipun dia tunduk dengan paksaan tersebut, imannya tetap sah dan diiktiraf di sisi Allah. Manusia hanya boleh memaksa lidah dan anggota yang lain, tapi tiada siapa mampu memaksa iman.

Firman Allah: (maksudnya)
“Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah beriman (maka baginya kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang jantung hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka dadanya menerima kufur maka atas mereka ditimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (Surah al-Nahl, ayat 106).
Jelas, iman tidak boleh dipaksa. Ia masuk ke dalam dada insan dengan rela dan keyakinan. Demikian kekufuran juga tidak boleh dipaksa. Ia bersarang dalam dada insan dengan pilihannya. Cumanya ada sebab-sebab yang membawa kepada iman atau tidak berimannya seseorang. Hujah dan alasan yang diterima oleh akal dan ruh insani menyebabkan insan mempercayai sesuatu atau mengingkari sesuatu.

Maka Islam sebelum menghukum iman atau kufur atas seseorang mewajibkan Iqamah al-Hujjah (penegakan hujah). Setelah ditegakkan hujah dan alasan yang kukuh, jika dia terus membantah dan tidak menerima sedangkan dia tahu dari segi hujah dan alasan Islam ini benar, maka ketika itu dia dianggap sebagai kufur.

Firman Allah: (maksudnya)
“Sesiapa yang beroleh petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk itu hanya kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga, dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain, dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul” (Surah al-Isra, ayat 15).
Ayat ini adalah kaedah teras yang mesti difahami oleh setiap muslim. Allah Yang Maha Suci tidak akan menanggung dosa seseorang ke atas orang lain dan tidak akan mengazabkan seseorang melainkan setelah diutusnya rasul yang menegakkan hujah. Apabila datang rasul, atau wakil rasul, atau apa sahaja saluran yang menyampaikan hujah dan bukti rasul terhadap kebenaran petunjuk Allah kepada seseorang sehingga dirinya akur bahawa ini merupakan ajaran Allah, maka jika dia menolak, dia layak untuk dihukum di Hari Pembalasan kelak.

Sebaliknya, jika hujah yang kukuh mengenai Islam atau ajaran rasul itu tidak sampai kepadanya, maka dia tidak akan diazab oleh Allah sekalipun kita memanggilnya ‘kafir’ atau seumpamanya. Bahkan kita pula yang mungkin diazab oleh Allah jika kita tidak menerangkan ajaran Islam yang telah sampai kepada kita, atau kita tunjukkan contoh buruk sehingga dia salahfaham terhadap Islam.


- Gambar Hiasan

Jika kita memahami hakikat ini, tentu kita akan mendahulukan dakwah daripada kekerasan. Persoalan yang patut kita semua tanya, apakah mereka yang kita anggap sebagai kaum kafir itu telah sampai kepada mereka hujah yang benar lagi teguh tentang Islam ini? Atau, mungkin kebanyakan mereka itu jahil? Atau mungkin sebahagian mereka telah disalahfahamkan hakikat Islam yang sebenar oleh musuh-musuh Islam, atau mungkin juga oleh tindakan sebahagian orang Islam sendiri.

Dalam kalangan manusia, golongan yang paling jauh dari Islam adalah puak atheist yang tidak percaya kepada Tuhan sama sekali. Manusia beragama, walau apapun agamanya, sekurang-kurangnya mereka maju setapak dengan percaya tentang kewujudan dan kekuasaan Tuhan. Justeru menghormati nilai tersebut maka Islam tidak memusnahkan tempat-tempat ibadat mereka tanpa alasan yang benar. Bahkan melindunginya, jika itu merupakan hak mereka.

Ini seperti firman Allah: (maksudnya)
“Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya; sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Surah al-Hajj, ayat 40).
Ini menunjukkan walaupun Islam hanya mengiktiraf dirinya sebagai agama yang diredhai Allah, namun dalam masa yang sama Islam menghormati hak dan nilai beragama, kerananya Islam melindungi mereka.

Dalam kalangan agama-agama yang ada, agama yang mempunyai unsur-unsur langit seperti Yahudi dan Kristianlah yang lebih dekat dengan Islam. Ini kerana kesan ajaran nabi-nabi terdahulu yang masih terdapat dalam agama tersebut menjadikan banyak persamaan antara mereka dengan Islam.

Justeru, Islam walaupun mengecam Ahlul Kitab (Yahudi dan Kristian) atas pengubahan kitab, kesyirikan mereka dan salahguna agama tetapi Islam tetap mengizinkan memakan sembelihan mereka dan berkahwin dengan wanita mereka yang bukan lacur. Tujuannya untuk membawa mereka kepada ajaran Islam yang sepatutnya mereka ikuti. Islam tahu kesan agama langit dalam jiwa mereka memudahkan mereka menerima Islam jika mereka tidak takabur.

Firman Allah: (maksudnya)
“Demi sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan Demi Sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan ada antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong”. (Surah al-Maidah, ayat 82).
Iman tidak boleh dipaksa. Cuma sebab-sebab manusia menerima Islam disebabkan alasan yang dapat diterima oleh akal dan ruh insan. Mempercayai Tuhan adalah selangkah ke arah Islam. Mengetahui dan mengiktiraf ajaran Allah kepada nabi-nabi yang terdahulu adalah selangkah yang mendekatkan lagi manusia kepada Islam. Apa yang tinggal peranan kita menjelaskan Islam yang sebenar. Janganlah pula kita yang merosakkan gambaran Islam yang mulia dan suci ini.

 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------
 p/s: Saya dalam satu proses menimba pengalaman spiritual..Never,that I had this before..:-).. The closest I got before this,was when I went to Mekah and met one of the famous ulama' of Darul Ulum,and also when the head Imam of Masjidil Haraam came to my house in Kuantan as my father's guest when I was 15 years old..and he predicted something about me which I will keep it to myself for now..

Yang baik itu datang dari Allah,dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri~Wallahualam..