Saturday, January 29, 2011

Rusuk Kiri Adam

Saya selalu percaya bahawa perempuan memainkan peranan besar dalam kehidupan seorang lelaki..Terpulang,samada ia membawa kebaikan,ataupun keburukan dalam hidup seseorang..Banyak kisah-kisah tentang kejatuhan seseorang lelaki disebabkan wanita,samada yang dicintainya ataupun yang menggodanya (bukan penyebab utama,tapi disebabkan eksploitasi)..Namun,tak kurang pula ada wanita yang menjadi pendokong kejayaan lelaki..

This topic is very subjective..But I always believe,"wanita yang baik menjadi sumber kekuatan lelaki"..

Nabi pun pernah kata bahawa cubaan yang paling kuat bagi seseorang lelaki,adalah dari wanita..Bukan saya kata ya.. Sekuat mana pun dia,dia boleh jatuh kalau tersalah membuat pilihan.. Sementara lelaki boleh exploit perempuan melalui duit dan kata-kata, perempuan boleh exploit HANYA dengan menggunakan kecantikan..


So girls,terpulang samada anda ingin menjadi sumber kekuatan,ataupun kehancuran..Jangan jadi macam this Ben Ali's greedy wife,Leila from Tunisia..habis satu negara hancur minggu lepas..click here- http://www.dailymail.co.uk/news/article-1347626/Tunisia-riots-Presidents-wife-Leila-drove-nation-streets-start-revolution.html.. Malaysia pun dah start kena jaga-jaga ngan Rosmah ni..Lately ni makin berlebihan nampaknya..Kesian kat Najib..


Anyway,wanna share with you an interesting article from Dr.Asri (ex-mufti Perlis) again about woman's influence on man..Baru baca 2-3 hari lepas..

----------------------------------------------

PENGARUH WANITA DALAM KEHIDUPAN LELAKI
oleh : Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Al-Quran tidak pernah meletakkan kesalahan Adam yang melanggar perintah Allah dalam syurga atas bahu isterinya Hawa. Sekalipun Bible dan riwayat-riwayat Israiliyyat dalam sesetengah buku tafsir menyatakan Hawa adalah punca yang menyebabkan Adam memakan buah larangan dalam syurga, namun al-Quran tidak pernah menyatakan demikian.

Menurut al-Quran, kesalahan tersebut ditanggung oleh kedua belah pihak. Sementara Bible (Genesis 3:6-17) menceritakan Hawa (Eve) telah mempengaruhi Adam, dengan itu Tuhan telah menghukum Hawa dengan diberikan kesakitan ketika melahirkan anak. Hal ini juga disebut oleh riwayat-riwayat Israiliyyat yang sering dibaca oleh sesetengah penceramah di masjid dan surau. Namun, para pengkaji hadis mendapati riwayat-riwayat itu tidak boleh dijadikan pegangan dan bercanggahan dengan apa yang disebut dalam a-Quran.

Al-Quran menyebut:
“dan Kami berfirman: “Wahai Adam! Menetaplah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua suka, dan janganlah kamu berdua hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada dalamnya dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)”. (Surah al-Baqarah: 35-36).
Dalam Surah Taha pula Allah berfirman:
“dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka pun sujud, kecuali Iblis, dia enggan sujud. Maka, Kami berfirman: “Wahai Adam! Sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari syurga, kerana dengan itu nanti kamu akan menderita. Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa kamu tidak akan lapar dalam syurga dan tidak akan bertelanjang. Dan sesungguhnya kamu juga tidak akan dahaga dalamnya, dan tidak akan merasa panas matahari”. Kemudian, syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya (Adam), dengan berkata: “Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan kekal hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?”. Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mula menutupnya dengan daun-daun dari syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya). (Surah Taha: 116-121).
Ayat-ayat ini jelas bahawa kesalahan Adam yang membuatkan manusia tercampak ke bumi, bukanlah berpunca daripada isterinya Hawa, sebaliknya berpunca dari kelemahan Adam sendiri yang ditipu oleh Iblis, yang akhirnya dia dan isterinya terlibat bersama dalam kesalahan tersebut. Ini berbeza dengan Bible. Berbeza juga dengan cerita-cerita sesetengah penceramah agama yang mengutip kisah Adam dan Hawa dari riwayat Israiliyyat, ataupun Bible atau diwarisi cerita dari satu ustaz ke satu ustaz tanpa dibandingkan dengan apa yang terkandung dalam al-Quran.

Lebih buruk lagi, kononnya Iblis masuk ke syurga melalui perut ular dan pelbagai lagi episod ‘kartun’ yang dimuatkan. Cerita Hawa yang dipergunakan oleh Iblis sehingga mengeluarkan manusia dari syurga adalah unsur luaran yang dimasukkan ke dalam pemikiran umat Islam. Kata Dr Abu Syahbah:
“Semuanya ini dari sumber Bani Israil yang mereka tokok tambah dan mencampurkan antara yang benar dan yang batil”.(Dr. Muhammad Abu Syahbah, al-Israiliyyat wa al-Maudu’at fi Kutub al-Tafasir, 179. Kaherah: Maktabah al-Sunnah).
Maka, umat Islam atau lelaki muslim tidak akan menganggap bahawa punca kejatuhan lelaki kesemuanya bermula dari wanita. Walaupun wanita itu memang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas lelaki, seperti mana pengaruh lelaki terhadap wanita, namun kejatuhan lelaki atau wanita dari kelemahan diri sendiri yang kadang-kala dieksploitasi oleh pasangannya.
suami-soleh-isteri-solehah.jpg
Muslihat Wanita
Namun masa yang sama, al-Quran juga menyatakan kehebatan ‘usikan’ wanita atau lebih jelas ‘muslimat’ mereka jika mereka bermaksud ingin melakukan ‘perancangan halus’. Wanita jika kena gaya memang boleh menjadikan lelaki ‘mengidaminya’ angau dan terpengaruh atas segala kehendaknya. Perancangan atau ‘plot’ wanita begitu hebat sehingga al-Quran merakamkan ungkapan yang ditujukan kepada isteri Menteri Mesir (riwayat Israiliyyat konon menamakannya Zulaikha) dalam kisah Yusuf:
“Ini adalah perancangan kamu (kaum wanita), dan sesungguhnya perancangan kamu (kaum wanita) itu hebat”. (Surah Yusuf: 28).
Perkataan Arab yang al-Quran gunakan dalam ayat berkenaan ialah Kaid yang bermaksud perancangan yang mempunyai unsur licik dan muslihat. Sebab itu Louay Fatoohi dalam bukunya The Prophet Joseph menterjemahkan perkataan Kaid sebagai scheme yang bermaksud tindakan yang licik dan perancangan sulit yang kadang-kala membabitkan tipu daya. Kata beliau: “..this word, which I have translated as scheme means guile and plotting that could involve lies, as in this case”. (ms 86. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust).
Maka, atas kelicikan itu, ramai lelaki yang tewas. Wanita ada kuasa ‘licin’ dan licik. Walaupun Nabi Yusuf tidak tewas, tetapi ramai lelaki selain nabi yang tewas dengan ‘kaid’ atau perancangan halus dan ‘sulit’ wanita. Senjata rahsia wanita pada tubuh, bahasanya dan jelingannya. Walaupun bukan semua mereka ada kelebihan itu, namun bagi yang berkelebihan jika perangkapnya mengena, sukar untuk lelaki terlepas daripadanya, kecuali mereka yang memenangkan takwanya atas godaan atau kaid tersebut.
Nabi s.a.w pernah bersabda:
“Aku tidak tinggal cubaan yang lebih hebat ke atas lelaki lebih dari wanita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Sabda baginda juga:
“Sesungguhnya dunia itu manis lagi hijau dan Allah menjadikan kalian berketurunan di atasnya. Allah melihat apa yang kalian perbuat. Takutlah kamu kepada (fitnah) dunia dan takutlah kamu kepada (fitnah) wanita, karena sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya” (Riwayat Muslim).
Maka, tidak hairan berapa ramai pemimpin yang gagah, tetapi ditewaskan oleh wanita idamannya, atau isteri kesayangannya. Betapa banyak reputasi pemimpin dirosakkan disebabkan isteri mereka, sehingga rakyat membenci seseorang pemimpin kerana gelagat isterinya. Dalam negara tertentu, kerenah wanita yang memakai gelaran ‘first lady’ boleh menghancurkan kerjaya dan masa depan politik seorang pemimpin negara. Demikian kerenah isteri pemimpin di pelbagai peringkat.
Elena Ceausescu
Maka, tidak hairanlah jika Elena Ceausescu, isteri bekas diktator Romania Nocolae Ceausescu dihukum mati bersama suaminya oleh rakyat Romania disebabkan peranannya dalam pemborosan harta negara dan kezaliman kuasa. Maka, jika suami tidak berperanan sebagai pembimbing dan pengawal yang soleh terhadap isteri mereka maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku atas kemahiran wanita dalam perancangan atau kaid mereka.
Perhiasan Terindah
Namun wanita itu apabila solehah, mereka kadang-kala lebih baik daripada lelaki. Kehidupan yang buruk seseorang lelaki boleh diubah dengan kehalusan budi dan nilai yang ada pada seorang wanita. Nama baik seorang lelaki bertambah indah dengan kebaikan isterinya. Wanita benar-benar hiasan kehidupan lelaki. Lelaki tanpa wanita adalah lelaki yang cacat tabiatnya. Allah menjadikan wanita pasangan lelaki. Mereka tempat lelaki bermanja dan mendambakan perasaan kelakian. Nabi s.a.w bersabda:
“Dunia perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah” (Riwayat Muslim).
Ada harta tiada wanita dalam kehidupan tiada ertinya. Ada rupa, tiada wanita tiada maknanya. Namun, wanita bagaimana yang lelaki perlukan dalam hidupnya dalam mengharungi bahtera kehidupan? Ya, wanita solehah yang membahagiakan suami, menjaga nama baik dirinya dan suaminya. Sabda Nabi s.a.w:
“Sebaik-baik wanita dia mengembirakan suami apabila engkau melihat kepadanya, mentaatinya apabila menyuruhnya, tidak menyanggahi suami dalam diri dan hartanya” (Riwayat al-Nasai, Ahmad dan al-Hakim, dinilai hasan oleh al-Albani).
Sabda Nabi s.a.w juga:
“Tiga dari kebahagiaan: “Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau” (Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)
.
Untuk menjadikan wanita itu berfungsi dengan baik, suaminya juga hendaklah baik. Jika tidak, kebaikan wanita akan hilang pada padangan suami yang songsang, seperti mana hilangnya kebaikan Asiah di mata firaun yang zalim. Suami yang baik juga, tidak akan dapat dilihat kemuliaannya di mata isteri yang jahat seperti isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut a.s.

"Kehidupan yang buruk seseorang lelaki boleh diubah dengan kehalusan budi dan nilai yang ada pada seorang wanita. Nama baik seorang lelaki bertambah indah dengan kebaikan isterinya."

"Mereka tempat lelaki bermanja dan mendambakan perasaan kelakian."
---------------------------------------------------

p/s: My idol couple is always Dr.M and Dr.Siti..:-)..Kalau saya mau mencari,I would love to have someone like that..hehe,banyak cantik muka aku nak demand demand..

Thursday, January 27, 2011

Hepi Ostolia Day


G'day mate!!!
You know what,
I always think that if Malaysia wants to find a good country to be an example for us to move forward, it is definitely- AUSTRALIA..No doubt...and I have my own reasons..

Meanwhile,without any disrespect,let us compare ourselves to some other countries..

  • Singapore
I don't know why we always want to compare ourselves to this tiny island..Yes,they are developed and well governed,but I don't think it is so hard to manage this country since it is so small,and has been prosperous since the era of Temasik and British..All they needed was continuity and just build on that..It's just a well expanded city..Maybe we can compare it to some of our big cities or maybe states,but not Malaysia as a whole..I would love to see KL,Malacca and Penang to be a good city like Singapore..They share some similarities and rich of history and culture..

    • Japan,China,South Korea
    All these countries can be included among the world's most ethnically homogeneous nations..They have no multiracial or multicultural elements in their daily life..We have nothing in common,but of course there are certain things to be learned from them..Especially their work ethics,technologies and human resource management..

      • Western Countries
      We can learned a lot from their histories and civilizations..Their glories and failures.. But to compare ourselves to them,well there's too many differences.. They have been there for a long time and have been built since the old days,while we are still a young country who are just about to go through our 'adulthood phase'..

        • Other Muslim Kingdoms: Errrrrr...you know what I'm thinking..(and not even developed)
          • Any other countries in mind perhaps??


            MALAYSIA & AUSTRALIA


          Compared to other developed countries,we have so many things in common..

          • Historically-colonized by the British in the early history of establishment-Australia became a Federation in 1901,and we followed in 1948, and everything started from there after.. Considering that,both can be considered as a young nations..
          • Politically,it is almost the same as well..We remain a constitutional monarchy and not Republic.. Our system of governance is very similar
          • Population with multi-ethnicity backgrounds
          • Multi-cultures and various languages spoken (with English (Australia),and Malay (Malaysia) as de facto language)
          • Religiously diverse country
          • Politically and socially stable
          • Country with no natural disaster
          • 'Gold-mine' for immigrants
          • Medium sized population (20-30 million residents)

              Based on all these similarities and the fact that Australia is ranked among the top World's Best Countries 2010,I don't have to say much to prove my points..They are way better than any other developed countries at the moment..You can read Newsweek's ranking and my analysis here-Otad's-Not too bad on that matter..

              Nope,we don't have to bow down to anyone or force ourselves to replicate everything blindly..Cause we do have some differences as well,and we shall do things in our own way..I'm just giving credit where credit is due..Sometimes,we do need directions in order to move forward.. For example,we seems struggling with our socio-development,racial political relations at the moment,and Australia is not a bad place for us to learn from..

              Another example,if you are amazed with Putrajaya (as how I am),you should probably know that the idea came from Australian very own capital city,Canberra..And the best thing is,Putrajaya is improvised 10 times better than Canberra itself..See what I mean?

              Australia is built from scratch,a deserted land which at once considered as terra nullius,and somehow has emerged to be a wonderful country..If Australia can make it,why can't we?..

              Happy Australia Day!

              Not forgetting the flood victims,my prayers goes to them as well..:-(

              Tuesday, January 25, 2011

              2 Football Club, 1 Family


              It is always fun to be back in Malaysia..In 2010,I reached my lowest weight in 15 years,63kg..Sama macam berat waktu gua form 5..Badan memang ringan,tapi tak elok untuk kesihatan..huhu..Dah laa jarang gila main bola.. So balik kali ni,ada dua benda dalam kepala.. Nak gain weight,dan main bola padang..

              In less than a month,gua dah dapat gain 6kg..Need another kg..Pastu stop..Main bola dah 3 kali nampaknya.. Sebenarnya,ni first time gua main ngan WakDan FC,club adik-beradik Dan Dan FC,walaupun club ni dah ditubuhkan dekat 2 tahun..huhu..

              I've wrote about Dan Dan FC before,and this time I'm gonna write about this WakDan FC pulak.. Based on what I've heard,from what I've seen,and also what I've felt since joining them..

              Yes,WakDan FC consists some of the former DDFC players,but it is totally a different club.. Dan Dan FC ditubuhkan untuk menyatupadukan students in Perth, to nurture friendship among them and to give them something to be remembered.. Read this post-http://myotadura.blogspot.com/2010/08/friendship-football.html to get what I mean.. WakDan is different because it's not about student anymore...

              WakDan FC



              Maybe I'm not the right person to tell you about this club..Tapi ini berdasarkan apa yang saya rasa laa.. So far,I think it is well managed,whatever people might have said.. For me,dalam mana-mana kelab bolasepak,yang paling penting adalah bonding yang di'create'nya.. Main bola secara active paling lama pun mungkin sampai kita umur 40,tapi bonding yang ada boleh dibawa sampai mati,kalau betul caranya.. We are not professional footballers,so the motive should be different..

              Feel yang saya rasa when I first joined it is almost the same feel waktu mula-mula main bola kat Perth dulu.. Everything is based on friendship,then soccer.. It might be different,but it's almost the same..Almost.. I can see that this thing can go beyondddddd soccer.. I can see some people take care of each other (in other aspects of life),and very helpful when needed.. Takde nak bersaing sama sendiri tunjuk sapa lagi best atau power,takde kaki gaduh etc..

              I like the way when people gelak ketawa after the game,kitai-mengitai with each others' mistakes on the field without any hard feelings,and do some other non-football activities together sometimes..That's why I said it's almost the same with the earlier batch of DDFC.. I've seen the impact of a well-managed/bonded team before,and I hope it goes the same with this WakDan FC.. Walaupun gua main setahun sekali jerr..huhu!
              Dulu masing-masing bujang,sekarang ada yang dah berkeluarga,datang dengan anak isteri..Perut pun dah maju ke depannn..huhu.. It's good to see everyone again..Suka tengok bonding masih seperti dulu..:-)


              Dan tak lupa kepada bakat-bakat creative yang ada...contoh seperti di bawah...haha!!!!

              credit to WakDan fb page

              Football is not everything..

              p/s: I also hope to see the revival of DDFC in Perth's soccer scene this year..Ooops,not just soccer..Hmmm, you know what I mean..:-)

              Hopefully we can do this again end of this year

              Tuesday, January 18, 2011

              Mak Donna

              AMARAN KERAJAAN MALAYSIA!:

              "Produk ini mengandungi bahan-bahan yang membahayakan
              kesihatan anda dan boleh menyebabkan kanser otot"..

              Saya minat lagu jer..;-p



              ..Gulp..!
              -----------------------------------------

              p/s: Ciss,ni semua gara-gara Eddie nii.. Main kasarrr!!haha.. Ni semua salah dia Mak Su..

              Thursday, January 13, 2011

              Ind-ONE-sia

              Jika sebelum ini,biasanya kalau nak sambut New Year,mesti nak plan yang gempak-gempak..Nak Boxing Day kat London laa,Melbourne laa,Singapore,Hong Kong,nak shopping laa sangatttt kononnya..huhu...Pastu nak countdown on the New Year's Eve kat Amsterdam laa,Paris laa,New York laa,apa laaa dan macam-macam tempat lagi..Cakap mesti lebattttttt..huhu!Paling cikai pun at least lepak Bukit Bintang,or The Curve main spray-spray orang..

              The truth is,I celebrated New Year only twice in my whole life..New Year has never been a big deal for me..Not even that Millenium new year in 2000..1st of January usually is just like all those normal days..

              Tapi kali ini,ianya berbeza...This year,there wasn't any plan too..But guess what??..This time,the new year turned out to be one of my most memorable new year..No Amsterdam,no Bukit Bintang,no Singapore,no party but this time I went to a place called Jember,East Java...Gua pun tak pernah dengar tempat ni..huhu..It's 4-5 hours drive from the city of Surabaya..This time,it's not a vacation..It's kinda 'reality check' on my life.. Kali ini,tahun baru saya dimulai dengan menyelami kehidupan masyarakat kampung di tanah seberang..:-)


              Mbak Atin,asal dari Jawa Timur,has served the family as our maid for the last 4 years..She wanted to go back home because of some family matters.. But then,there were some complications (panjang ceritanya).. So,my sister decided to follow her back to Indonesia to make sure everything is ok..Lalu saya pun diambil menjadi bodyguard-cum-cameraman mereka..heheh!Lu jangan ingat senang kerja ni wei..Cuba imagine,pegi Indo just 2 days after the final bola AFF aritu..Silap2 gua pun kene naik kereta perisai tauuuu..Tapi sebab muka gua ngan muka Bambang pun tak jauh mana,muka ala-ala Jakarta gak,so things shud be fine laa kut..hehe!

              Jadi dari situ,bermulalah sebuah perjalanan...Indonesia,rupa-rupanya adalah sebuah negara yang banyak mempunyai rahsia kehidupan..

              Land of Risk

              Dalam perjalanan ke Jember,kami diberitahu bahawa Gunung Bromo,an active volcano,baru meletus 3 hari sebelumnya,(-last eruption of Mount Bromo took place in 2004 and killed two people) and a potential volcano eruption might take place at any time.. News kat sini- http://www.suarakarya-online.com/news.html?id=269195 ..Kalau meletus,kata mereka debu volcanic tu akan sampai ke kampung yang kami akan tinggal,which is around 100km far from the mountain..Hmm..tak tau nak react macam mana..Because we never experienced that in Malaysia kan..Tapi cara diorang cerita tu macam rilek2 jer,so kitorg pun rilek gak aaa.. Takkan kita lak nak cuak lebih..So buat dek jer ler..huhu..

              Lapindo
              from our view
              Then,on our way jugak,kami ditunjukkan satu kawasan seluas 450 ekar,lebih dikenali sebagai Lapindo,yang tenggelam oleh lumpur volcanic..It is the biggest volcanic mudflow in the world,created by the blowout of a natural gas..Bayangkan,satu bandar atau boleh kata satu daerah,abis tenggelam dengan lumpur panas menjadi sebuah tasik besar...Abis semua sekolah-sekolah,sawah padi,pasar,kedai-kedai,kampung-kampung semua.. Yang tinggal sekarang hanya nampak atap kilang-kilang dan bangunan-bangunan yang tinggi sikit..Exactly from the place we stood,we can see the hot gas blowing out clearly..This tragedy just happened in 2006,and it is expected that the mudflow will continue for another 30 years at least..Insaf gua sekejap..~ God bless those victims...Aminnn..~
              dangerous,but still jadi tempat tourist
              Land of Pure Hospitality

              After 4-5 hours journey,we arrived just before maghrib in kampung Kak Atin,dikenali sebagai Desa Patemon (bukan Pokemon ya..),near Tanggul,30kms away from Jember.. On the way,lalu kampung Inul Darasita,tapi tak pegi laa umah dia..kalau tak,dah sah2 gua stay situ,tak jadi pegi kampung Kak Atin..huhu!..Anyway, sampai jer kat kampung Kak Atin,orang kampung dan sedara mara dia dah duk menunggu datang sambut Kak Atin,kitorg pun join semangkuk laa..huhu! Dan seterusnya we stayed at their place for 3 days and 2 nights..:-)

              Sudah lama sebenarnya saya tak merasai kehidupan begini...Kampung life..A basic life..Jadi,adapting to a kampung lifestyle sepanjang 3 hari tu is a must..I have to take care of a few things..Makan,pakaian,tingkah laku, percakapan dan sebagainya..Sebab kita mungkin majikan di Malaysia,tapi di situ,saya dan Kak Ngah hadir sebagai tetamu..Adab sebagai tetamu perlu dijaga..:-)

              This is my first time experiencing the kampung lifestyle in Indonesia..Frankly speaking,I do think that sometimes I need to experience this kind of things once in a while in my life..Kadang-kadang,oleh sebab kita leka dengan kesenangan dan kemewahan,kadang-kadang kita lupa pada kehidupan-kehidupan yang basic..Kan??

              Mandi air sejuk,no iced drinks at home,no air-conditioning,no vehicle of transportation of our own,no internet,no handphone lines,no cable tv,no piped water,no Gucci,no Armani,no computers,Ipad,Blackberry or whatsoever..Those branded things has no value here..

              And the best thing is,not having those things above is not a problem at all..:-)..Life is good..

              Saya juga first time experience seeing the life in pesantren..Di kampung kak Atin ada sebuah pesantren yang terkenal di Jawa Timur,especially dalam bidang ilmu falak..Ada banyak ulamak-ulamak terkenal di Indonesia yang mendapat pendidikan awalnya di sini..Orang Jawa Timur memang agak kuat dari segi keagamaan.. At least setiap 200-300 meter,mesti ada surau di mana-mana pelosok..Rasa macam wartawan 'Majalah 3' pulak time gua pergi situ..huhu..Saya ditemani Saiful,seorang ustaz muda berjalan-jalan di kawasan sekitarnya, sambil diberikan penerangan tentang kehidupan di pesantren,sejarah dan asal-usulnya..Sementara kami sibuk mengambil gambar dan berbincang mengenai pesantren tersebut,si kecil Nadiah pula,tidak boleh lekang dari saya..
              Saiful mengajar budak-budak mengaji tiap-tiap malam..

              Si Nadiah ni pulak panggil gua Om Azrul...hehe! She's a very smart girl,who can answer every single questions that came out of me..Mesti nak ikut ke mana-mana saya pergi..Siap ponteng sekolah sebab nak ikut hantar kitorg balik ke kota Surabaya on our last day there..She's the same age with my niece,Nana.. According to the locals here,the fees for school is very expensive..In fact,more expensive than Malaysia..They have to work hard to make sure their kids can get into school every year..Itu belum masuk belanja buku dan pakaian sekolah..Kerajaan tidak mampu untuk memberi bantuan kepada semua kerana rakyatnya terlalu ramai..I am gonna make sure that Nadiah get everything she needs to be in school.. It's gonna be a pity if a girl as smart as her couldn't get the chance to excel and get a proper education..The father died in an accident not so long ago..Comel budaknya..

              cheerful Nadiah
              I really enjoyed my days in Patemon...I got a traditional massage from one makcik kampung sampai merah satu badan,dapat mandi hujan,makan tempe tiap-tiap hari,hisap Gudang Garam,mandi kolam air bukit,naik beca,sawah padi,duduk bercerita pasal bola final dengan orang-orang Indonesia (Safee Sali adalah Malaysian yang paling popular di Indonesia sekarang,selain Upin&Ipin..huhu..),dan macam-macam lagi,etc.. Hilang rasa nak pegi Bali dalam 3 hari tu..FYI,Bali is just 5 hours (by car + ferry) from Jember..Dah dekat sangat...


              Also,lepak-lepak with some of them who used to work in Malaysia,listened to their stories..Bad and good experiences.. Malam biasanya lepas sembahyang maghrib berjemaah,makan,then tengok sinetron-sinetron terkini kat RTCI (kat Malaysia tak kuar lagi), pastu minum kopi,either at home or warung tepi jalan,tengok-tengok cewek.. Ada gak yang cun,tapi tengokkk jer lerrr..huhu..tak berani aku buat pasal..

              Then after 3 days in Jember,baru kitorg ke Surabaya..I just got to know then that Surabaya is actually the 2nd largest city in Indonesia,after Jakarta..Punya teruk knowledge aku..huhu!..We stayed in the city for 2 nights in a lovely hotel that was built during the Dutch occupancies in 1910's..Driver taxi cakap hotel tu berhantu,tapi buat tak reti dah lerr..dangggg!..Surabaya was tooo big,takleh cover in 2 days..Jadi masa 2 hari tu dipenuhkan dengan lepak dua shopping malls sahaja..Tak berjalan ke mana-mana pun..They said Surabaya is an industrial city,so we were assuming the same thing..

              But eventhough it's a big city,I still met some nice people during my stay there..:-)..Watched Gita Gutawa's movie "Love in Perth" on my last night in Plaza Tunjungan.. Will write a review about that movie soon..

              Overall, I think Indonesia is a very nice country with plenty of exciting stories.. Would definitely find any opportunity to explore the beautiful land more and more in the future.. There are so many things to be seen and learned from Indonesia and the people.. Culturally,spiritually,socially and what I love most,..politically...

              -Love for Indonesia-

              Monday, January 10, 2011

              Seniman Menangis

              Cik A (my sister),banyak memainkan peranan dalam mencetuskan minat atau kesukaan saya dalam sesuatu perkara..Terutama,ketika saya masih kecil dulu..Dan minat ini sedikit sebanyak,ada yang terbawa-bawa sampai sekarang..Contohnya,jika tidak kerana Cik A,tidak mungkin gua makan budu dan tempoyak..haha!Saya disuap budu dan tempoyak oleh Cik A,sedangkan waktu itu orang lain suap gua dengan Nestum or some other things during meal time..Hasilnya,budu is my all time favourite food!Heheh...

              It's the same thing when it comes to this person I am gonna write about..Cik A kinda fed me with his songs and shows (during that time pakai VCR and kaset lagi)..Dalam kereta,kat rumah,di mana-mana sahaja..The peak was during the release of 'Azura',a super-hit movie when I was in kindergarten..I used to memorize the whole script of the movie!Cik A beli kaset 'Azura'..Kaset tu bukan soundtrack lagu,but also consist the whole movie!Satu movie punya dialog,dari mula sampai abis..Seingat saya,itulah satu-satunya album yang buat camtu..Gua tak pernah jumpa dah selain daripada yang ni..(hmm..tapi gua rasa cetak rompak kut..huhu..).. Anyway,conclusion nya di sini ialah,sejak brader ni diperkenalkan oleh Cik A kepada saya,he became one of my 2 all time favourite male singers...The one and only--------......JAMAL ABDILLAH~ (sorang lagi M.Nasir..huhu..bangga Dayat)..


              Dan tadi,luckily with a good timing this time around,berpeluang tengok konsert Jamal kat Istana Budaya setelah sekian lama..Dekat berpuluh-puluh konsert dia gua miss sebab berada kat Aussie..And it was quite special because I got to watch it with Mama..:-)..Ee and Mak Zan sebagai peminat setia yang tak pernah miss any of his concert were also there..It's just a shame that Cik A is not around this time..hmmm..

              He was superb as usual..Sama macam semua videoclip konsert dia yang gua layan kat Youtube selalu..huhu!Cuma dia tak sihat sikit harini..Hmm,it doesn't matter for me when it comes to Jamal..His presence onstage is enough..Bukak mulut nyanyi aaaaaaa aaaaaaa sikit pun gua dah ok...Nyanyilah lagu apa pun,gua ok jer layan..Lu tetap my bro walau apapun!huhu..I enjoyed the concert...

              I don't want to write about the concert..Saya cuma nak share rasa bahawa susah untuk kita jumpa orang yang ikhlas bila menyanyi..It can be said that Jamal is the only singer for me who sings from the bottom of his heart..IKHLAS..Dia hanya tau menyanyi..That's all..Bukan soal duit atau popular menjadi perkara utama..Itu saja yang dia tau,menyanyi..Sebab itu dia pernah cakap dia tak kisah orang beli album cetak rompak or original..Yang penting dengar dia menyanyi..huhu!..Orang yang ikhlas ni,mudah disayangi orang...Sebab tu bila dia lupa lirik or sakit macam tadi,crowd will still enjoy it and support him through..I can see that people who always come to his concerts,bukan kerana minat semata-mata,tapi ada unsur sayang..It can be seen everytime when he talked about his drugs problem for example..Everyone wants him to be free from it,eventhough it might effect his voice and performance..

              What I want to say is,this guy is special..We can never find another Jamal Abdillah..He is,a living legend instead..Sementara dia masih sihat ni,bagilah dia support and things he supposed to get..I'm scared he's gonna be another P.Ramlee..Disayangi semua,tapi dilupakan semua at the same time,if you get what I mean..Hope we have learned our lesson,and Jamal would never be another broke and broken star...Jangan biarkan dia menjadi 'Seniman Menangis',...............seperti dalam lagunya...~

              Saturday, January 1, 2011

              Happy New Year 2011

              Wishing everyone a very good year ahead~

              I don't celebrate New Year,as much as I don't celebrate birthdays...Boring person kannn??huhu..:-)

              Me no resolution as usual,just hoping for a peaceful life..No confusion..
              I don't mind sadness and challenges..

              Hopefully I can make new friends,without losing those present ones, with more loves and honesty..
              I want to be me again..

              Am happy of what I see in Malaysia so far,will still continue my journey of life in Australia without fear, and gonna travel around the world more and more in 2011..Sapa nak ikut,jom!!!!

              Hanya mintak kesihatan dan keselamatan family supaya berkekalan..Kejayaan saudara-mara,kawan-kawan dalam bidang masing-masing..dan keamanan negara...Ooops,satu lagi,gue mau sukses dalam perkuliahan..hehe..Yang lain-lain,I don't think I need it for now.. :-)

              Selamat Tahun Baruan!!!~

              -3 more hours before flying off to Surabaya..then Bali again perhaps (dekat jer,alang-alang)..huhu!Nak cari maid jaga saya kat Adelaide..:-p..Another spontaneous trip,xde plan and any knowledge yet..Let's explore Indonesia!!Hmmmm...shud I bring my Malaysian jersey???:-p...Kale nak coli laser Julia Perez...haha..

              Happy New Year again guys!