Tuesday, November 22, 2011

Harimau OT pasti kembali

°˚♬Hey Lelelelele Laa Oohh Ohh Ohh♬Hey Lelelelele Laa A'aaah A'ahhh♬

Bolasepak bukan hanya sejenis sukan..
It's LIFE~..

Another proud moment,berlaku malam tadi..Bagai nak gila menjerit kat Adelaide ni malam-malam buta..

Nak tergelak pun ada,macam-macam gaya budak-budak ni..Vinoo everytime Indo amik freekick/corner,dia pandang belakang,Daus,Lao Pan dengan maki-makiannya,Aan dengan ulasan selarinya,Adew ke hulu ke hilir sepanjang game,dan gua,macam biasa,live-tweet..huhu!Sakit jantung laa wei!

Ada ke patut,dah boleh menang lamaaaa dahhh,nakkk jugakkk tunggu sampai penalti..Hampeh betul...Banyak tengok Hindustan diorang ni!haha..Tak kisah laa,janji menang,game and spirit superb cukup..


Congratulation Harimau Muda!!!

I believe Malaysian football is back on track..
When I was a kid,we were still one of the most powerful team in Asia..
Then came the Corruption Age in the 90's which has damaged everything..
Bukan senang untuk memulihkannya,and now I'm seeing the bright side of it again..
Keep the hard work going,and we'll be there again very soon!

°˚♬Hey Lelelelele Laa Oohh Ohh Ohh♬Hey Lelelelele Laa A'aaah A'ahhh♬

Saya sempat tengok arwah Mokhtar,mendiang Arumugam,Santokh and Chin Aun di akhir karier mereka..Kemudian datang Zainal,Dollah,Rashid Hassan,Ahmad Yusoff..Seterusnya diganti oleh geng Azizol Abu Hanifah,Lim Teong Kim dan lain-lain..Kemudian terjadilah Zaman Gelap bolasepak Malaysia,disebabkan rasuah..

-------------------------------------------------------------------------------

After 2009 SEA Games,AFF Cup and now 2011 SEA Games back to back Champion~

Kini cahaya menjelma semula..
Harimau pasti mengaum kembali!

°˚♬Hey Lelelelele Laa Oohh Ohh Ohh♬Hey Lelelelele Laa A'aaah A'ahhh♬



-Walaupun lagu tak sedap,gua taruk gak ler sini..huhu-

°˚♬Hey Lelelelele Laa Oohh Ohh Ohh♬Hey Lelelelele Laa A'aaah A'ahhh♬

What matters most for me is the enjoyable feeling of a UNITED Malaysia!If football can unite us at this stage,imagine what's coming....and I'm gonna be there again to witness it myself :-)

Bila lagi lu nak tengok Malaysian bersatu hati macam ni kat bawah ni?



Aduhhhhhhhhh...asallll laaa aku kat Adelaide...Daymnnnnn..

p/s: Tanah Tumpahnya Darah-Ku...Bukit Jalil,lu tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!


Harimau OT pasti kembali!!!!!

Monday, November 21, 2011

Ilmu dan Keamanan Jiwa Manusia

Dalam pengakhiran post yang lalu,remember how I told you about bagaimana timbul pula beberapa persoalan tentang tanggungjawab hujah..

I was in a position,where I had to ask myself,

"What should I do?"
"Apakah hukumnya terhadap saya pulak?"
"Apa peranan saya sebagai individu?"

---------------------------------------------------------------------------------

Saya sebenarnya ingin menulis tentang tanggungjawab hujah dalam post kali ini..Tetapi tulisan Dr. yang terbaru,membuat saya berubah fikiran..

Last few days,I had a beautiful experience..For the first time in my life,I had an opportunity to recite one significant chapter in Al-Quran (Surah Al-Alaq) and discussed about it,dengan seseorang yang tidak pernah mengetahui tentang al-Quran dan Islam..I don't know how to describe the feeling..Saya hampir menitiskan airmata..

Saya,secara peribadi tidak ada niat pun untuk berdakwah..I'm not qualified to be a preacher..
Tapi saya percaya tentang kepentingan menyampaikan ilmu..
Betapa pentingnya ilmu dari sudut pandangan Islam..

Sekali lagi tanpa diduga,tidak beberapa lama selepas pengalaman itu,Dr.Asri menulis tentang surah yang saya bacakan itu dalam tulisannya..Who would have thought,dalam ketika saya tercari-cari,malah ketika mula hendak menulis entri kali ini pun,he seems like knowing everything that has been going on in my mind..

-----------------------------------------------------------------------------

Hendaklah Tuhan Berada Di Setiap Tabir Ilmu

HENDAKLAH TUHAN BERADA DI SETIAP TABIR ILMU
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Alangkah baiknya jika kita memiliki bandar seperti Oxford ini. Sebuah Bandar yang penuh dengan pusat-pusat pengajian. Hampir setiap manusia yang bergerak di bandar ini mempunyai kaitan dengan pengajian. Pelbagai tajuk yang pelik dan aneh dikaji. BBC Oxford juga ada kelainannya. Isu-isu yang dibincangkan sesuai dengan taraf keilmuan di bandar ini.



Seminar itu dan ini begitu banyak dalam pelbagai cabang ilmu pengetahuan. Hampir semuanya percuma. Mereka biasanya tidak memperuntukkan tempat yang canggih dan anggun untuk berseminar. Cukup dengan satu ruang dalam perpustakaan ataupun selainnya yang boleh memuatkan beberapa puluh orang. Kebanyakannya tiada pembesar suara. Hanya kerusi, meja dan pembicara.



Sebahagian seminar hanya beberapa belas orang. Ia tetap berlangsung dengan penuh diskusi pengetahuan. Saya sendiri cuba hadir dalam banyak seminar setiap minggu, samada yang ada kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan bidang saya. Beberapa seminar di School of Anthropology umpamanya memberikan saya pengetahuan baru di luar bidang.


Semalam di Muslim-Christian Studies, ada pembentangan oleh Martin Whittingham seorang Kristian dengan tajuk: Ezra as the Corrupter of the Old Testament Text? Ibn Hazm and the Long History of an idea. Seorang Kristian yang memperkatakan tentang idea al-Imam Ibn Hazm.


Ya, banyak yang boleh dimanfaatkan jika kita ingin mencari pengetahuan di sini. Jika kita buru pengetahuan memang hidup akan sibuk. Sehingga saya kadang-kala terfikir untuk berhenti menulis setiap minggu yang sentiasa menekan waktu saya sejak hampir lima tahun lalu.


Dahulu ketika di Mingguan Malaysia, deadline saya pada hari sabtu amat mendesak. Sekarang di Sinar Harian deadline saya pada hari khamis untuk edisi jumaat. Waktu Malaysia pula awal 8 jam dari UK. Namun, oleh kerana tulisan menghubungkan saya dengan ramai manusia, di akhbar dan internet maka saya teruskan. Dengan harapan ada kebaikan yang mendatangkan pahala di sebalik setiap artikel yang dikeluarkan.


Ilmu Untuk Apa?


Di sebalik kesibukan manusia memburu ilmu di bandar seperti Cambridge dan Oxford ini, saya tertanya ke manakah ilmu pengetahuan yang penuh sarat ini akan membawa manusia? Apakah tujuan ilmu? Apakah ilmu untuk ilmu, atau ilmu hanya jambatan kepada satu tujuan lain yang lebih murni. Apakah cukup seorang insan memegang gelaran ilmu kemudian hidup dalam lingkungan sendiri tanpa menjadikan pengetahuannya memberikan sumbangan kepada pembangunan insan? Lebih buruk lagi, apabila apa yang dianggap ‘ilmu’ itu menyumbang kepada kemusnahan kehidupan manusia.



Bandar Oxford sentiasa sibuk dengan mereka yang terlibat dengan ilmu.


Sebelum saya pergi lebih jauh, saya teringat hari pertama saya sampai di bilik penginapan, saya bertanya arah kiblat kepada jiran bilik saya yang juga seorang ilmuwan muslim. Beliau berkata beliau tidak tahu. Saya terdiam dan berfikir apakah peranan ilmu dalam kehidupan seorang individu muslim? Apakah makna bagi sebuah perbahasan agama yang kononnya mencapai ketinggian falsafah sehingga ke langit tinggi jika pembahasnya gagal untuk meletakkan dahi ke bumi untuk sujud kepada Tuhan Maha Tinggi? Ilmu itu ada ruh dan tuntutannya.


Kita tidak menafikan betapa malunya dunia Islam yang ketinggalan dalam pembangunan ilmu. Sedangkan dahulu, dunia Islam telah ke hadapan dalam hal ini. Museum History Science di Oxford yang bersebelahan dengan tempat tinggal saya ini, mengiktiraf sumbangan dunia Islam terhadap perkembangan sains serta mengakui bahawa Barat mengambil manfaat dari kaum muslimin. Barat yang pada mulanya mengambil ilmu dari dunia muslim lalu mengembangkannya sehingga mereka maju ke hadapan dalam pelbagai bidang kehidupan.


Kita pula ketinggalan, bahkan ramai yang hidup dalam kejumudan. Ada memusuhi ilmu pengetahuan dengan menganggap pengajian selain ilmu-ilmu langsung berkaitan agama hanyalah sia-sia. Bahkan ada yang melarang menuntut ilmu dengan orang kafir atau di ‘negara kafir’.


Golongan literalist ini melupai bahawa sebahagian kemudahan beragama adalah hasil sumbangan ilmu dalam pelbagai bidang. Perkara asas dalam kehidupan seperti jam untuk solat, kompas untuk arah kiblat, kenderaan untuk ke Mekah, pembesar suara, mesin cetak, internet dan pelbagai lagi yang membolehkan Islam tersebar adalah hasil sumbangan ilmu dalam pelbagai bidang yang secara zahirnya tidak kelihatan berkaitan agama. Namun, ramai manusia kembali kepada Tuhan hasil perantaraan ilmu dari bidang yang lain.

Permasalahan utama para penuntut ilmu di Barat ataupun Timur adalah mereka gagal menghubungkan ilmu pengetahuan dengan Tuhan semesta alam. Apabila mereka terlupa, ataupun syaitan melupakan mereka bahawa segala falsafah dan penemuan dalam pembukaan ilmu hanyalah usaha menemui rahsia ciptaan Tuhan di alam maya ini.


Umpamanya, kehairanan saintis tentang ‘Black Holes’ yang akan menelan kehidupan maya pada ini, tidak dapat dirongkaikan tanpa menyelak lembaran-lembaran tentang Kiamat dan kehidupan baru selepas kemusnahan alam.


Islam tidak pernah memusuhi ilmu. Walaupun ada pandangan-pandangan jumud seperti konservatif agama dahulu di Indonesia dan Malaya yang menentang Kiyai Ahmad Dahlan dan ‘Kaum Muda’, atau golongan literalist hari ini yang menentang pengajian falsafah, namun sejarah umat Islam tidaklah seburuk Kristian yang membakar hidup ribuan ilmuan dalam rekod sejarah mereka.


Dalam dunia Islam, walaupun ada kezaliman disebabkan aliran mazhab dan school of thought yang berbeza, tetapi ruang ilmu tetap luas. Al-Ghazali, Ibn Rusyd, Ibn Taimiyyah dan selain mereka yang berbahas tentang falsafah Greek dan Yunan secara pro dan kontra, kesemua mereka mendalami ilmu tersebut secara masak dan dalam. Mereka bukan terus mengharamkan tanpa berkenalan. Dalam apa sahaja bidang, tidak sama orang yang mengetahui dengan yang tidak mengetahui: (maksudnya)

“Katakanlah: apakah sama orang yang mengetahui dengan yang tidak mengetahui?”. (Al-Zumar:9)


Basikal merupakan kenderaan penting di Bandar Oxford.


Tuntuan Ilmu

Apa yang Islam tuntut agar ilmu sentiasa dikaitkan dengan kebesaran Allah, Tuhan pencipta alam. Allah itu di sebalik segala ilmu pengetahuan. Apa yang manusia temui hanya cebisan dari penciptaan alam yang maha luas. Samada penemuan dalam bentuk kebendaan ataupun pemikiran dan falsafah kehidupan, semuanya hanyalah debu dari ilmu Tuhan yang tiada tepiannya. Inilah yang Allah nyatakan: (maksudnya)

“Tidaklah kamu semua diberikan ilmu melainkan sedikit” (Al-Isra: 85).

Dengan ilmu yang sedikit itulah manusia berjaya menghasilkan pelbagai kemajuan yang mengkagumkan. Dengan ilmu yang sedikit itulah manusia berbangga antara satu sama lain. Dengan ilmu yang sedikit itu juga manusia boleh menzalimi antara satu sama lain. Namun, dengan ilmu yang sedikit itulah satu-satunya jalan untuk manusia mengenali Tuhan dan tunduk kepadaNYA.


Justeru, Allah mengajar manusia sejak awal penurunan wahyu agar ilmu pengetahuan dibaca dengan namaNYA Yang Maha Pemurah yang mengurniakan ilmu kepada insan. Firman Allah: (maksudnya)

“Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan (segalanya). Dia menciptakan insan dari ‘alaq. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah . Yang mengajar dengan pena. Dia mengajarkan insan apa yang tidak diketahuinya” (Al-‘Alaq :1-5).

Demikian sejak hari awal penurunan wahyu kepada Nabi s.a.w, asas ini telah dipasak. Tuhan itu berada di setiap tabir ilmu. Kesimpulan seorang pengkaji ilmu akan kembali kepada kebesaran Tuhan. Apa sahaja ilmu yang dikaji, Tuhan jua yang akan ditemuinya. Jika dia berjaya atau gagal, dia hanya berjaya atau gagal membongkar rahsia ciptaan Tuhan. Namun dia tetap akur, segala ilmu hakiki berada di sisi Tuhan. Apa yang ditemui, hanya debuan dari kebesaranNya. Maka ilmu akan membawa insan mengenali Ilahi. Mengenali Tuhan menerusi ilmu membawa kepada cinta yang hakiki. Cinta itu pula membawa kepada kebahagiaan nurani.


Ilmuwan yang berpaksikan Tuhan sentiasa akan menyimpulkan jawapan akhir bagi segala pencarian iaitu “Hanyalah Allah Yang Mengetahui hakikat setiap perkara”. Apa yang manusia bahas dan bincangkan hanyalah zahir ilmu, batinnya tetap dalam pengetahuan Tuhan. Benar dan salah, hanya tafsiran dan takwilan fakta dan nas; hakikatnya Tuhan jua yang mengetahui.


Manusia yang memburu ilmu dengan penuh kejujuran, menemui Tuhan di setiap penjuru ilmu. Firman Allah: (maksudnya)

“Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan warnanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur putih dan Merah, yang berlainan warnanya dan ada juga yang hitam legam. Dan demikian pula antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? sebenarnya yang takutkan Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (ulama). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun” (Fatir: 27-28).

Ayat ini sering dijadikan dalil bahawa golongan ulama yang paling takutkan Allah. Lalu, ditonjol ulama yang berserban dan berjubah, atau ahli fekah, lebai atau ustaz sebagai golongan yang takutkan Allah. Namun, jika kita perhatikan ayat ini ia membicarakan tentang mereka yang memerhati kejadian alam dengan segala keajaiban, selepas itulah diikuti dengan penegasan ‘yang takutkan Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (ulama)’.


Jika berserban dan jubah tanpa meneroka rahsia alam, atau menelaah penemuan keajaiban ciptaan Tuhan tidak akan menimbulkan rasa kegerunan. Maka, tidak salah untuk kita katakan bahawa saintis itulah yang paling dimaksudkan mereka yang takutkan Allah. Saintis itulah ulama dalam konteks ayat ini. Sesiapa mengkaji alam dalam segala bidang kebendaan dan pemikiran, merekalah ulama dalam bidang mereka. Adapun yang mendaftarkan diri dalam persatuan ulama, atau badan ulama belum tentu terangkum dalam ayat ini.


Apapun, dalam apa pengetahuan perasaan itu tidak akan hadir, jika ilmu dibaca secara berasingan dari nama Tuhan. Hendaklah Tuhan berada di setiap tabir ilmu.

-----------------------------------------------------------------------------

Sepertimana yang saya katakan kepada teman saya,kita tidak perlu takut dalam mencari ilmu,terutama dalam ilmu agama..Sebab itu saya selalu katakan bahawa kali ini,it's not just about relationship anymore..Bukan lagi hubungan yang biasa kita dengar,lihat atau alami..Bukan perhubungan dengan kata-kata berbunga dan janji-janji indah manusia seperti yang biasa kita lalui,yang akhirnya tidak mampu ditepati oleh sang penjanji..I had that one before,but definitely not this time..

Biar apapun yang terjadi,ilmu menjadi kunci utama..Perhubungan kali ini dibina atas dasar 'Trust' terhadap satu sama lain,dan juga 'Respect' terhadap kepercayaan agama masing-masing..

Dan saya tidak mahu merosakkan 'trust' itu dengan berbicara tentang conversion atau apa-apa yang sama maksud dengannya..Itu semua urusan tuhan,bukan di tangan saya..

Tanggungjawab ini bukan kecil..
Seolah-olah kini,tanggungjawab memperlihatkan keindahan Islam terletak di bahu saya..
And I'm not perfect~

But after all these months,I've learned a lot..
Cuba bayangkan,dalam keadaan kita sesama agama pun boleh bergaduh semata-mata kerana perbezaan pendapat,saya belajar bagaimana perbezaan agama menghadirkan sikap toleransi dan hormat-menghormati yang sangat murni antara satu sama lain sepertimana yang diajar oleh agama saya..Tanpa perlu bertegang urat untuk menentukan siapa benar,siapa salah,siapa yang berada di jalan kebenaran..~

Ketika umat Islam terpaksa berhimpun untuk 'mempertahankan' akidah dari gerakan kristianisasi kononnya di Malaysia,saya belajar sesuatu bahawa kita tidak perlu takut menghadapi apa-apa situasi..

-----------------------------------------------------------------------------

Suatu ketika dulu,saya tertarik apabila melihat satu adegan dalam filem 'Kingdom of Heaven',yang menunjukkan bagaimana Salahudin mengangkat kembali salib yang terjatuh dan meletakkannya kembali di atas mejanya..Secara simbolik,adegan itu menunjukkan bagaimana Islam tidak perlu bermusuhan dalam beragama..

And now,I'm experiencing it myself in real life..Spiritually,it's a very liberating kind of feeling..~

Dan sekarang,saya tidak ada masalah untuk ke gereja,ke seminar-seminar agama,berjumpa priest dan sebagainya..Mungkin pelik,dan menakutkan bagi sesetengah orang..Bukan mengiktiraf,tetapi hormat pada kepercayaan mereka..When we give them respect,they will give back the respect to us..

Alhamdulillah,bagi sesetengah mereka sekarang,they got to see that Islam bukan lagi agama terrorist..I've gained some respect,and the most important thing,my religion has gained the respect it deserved and there are no more stereotyping going on..I can even invite them to any talks about Islam anytime now..:-)

Untuk diri saya sendiri,

I've proven not only to them,but also to myself,that Islam is indeed.......a religion of peace~
-----------------------------------------------------------------------------

p/s: Insyallah,I will continue to write again setelah selesai segala urusan duniawi..

Kita masih lagi belum jawab persoalan tentang tanggugjawab hujah..~
----------------------------------------------------------
“Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan (segalanya). Dia menciptakan insan dari ‘alaq. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah . Yang mengajar dengan pena. Dia mengajarkan insan apa yang tidak diketahuinya” (Al-‘Alaq :1-5)."
---------------------------------------------------------

Thursday, November 17, 2011

Non-Muslim yang Islamik?How now?

Konon-konon DISCLAIMER:

Tujuan saya menulis,bukan untuk menjaja kisah peribadi,atau perasaan cintan-cintan..Juga bukan untuk mencipta kontroversi agama..Kebetulan sesetengah situasi adalah berkaitan dengan kehidupan terkini,jadi ia tidak dapat dielakkan..:-)

---------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah,telah selesai satu perkara semalam..So I can continue to write again..Post aritu sebenarnya intro jer..Tapi sebab dah panjang sangat,cukup kat situ jer lah..

Saya sebenarnya ingin menulis tentang persoalan umum..Kebetulan,ia mungkin ada kaitan dengan hidup saya sekarang..Jadi nak tak nak,gua tak dapat elak laa kalau terpaksa kait dengan kisah peribadi sedikit sebanyak..

Sebelum ini,saya selalu tercari-cari alim ulama yang berpengalaman,ataupun yang berpengetahuan tentang tatacara hidup dalam persekitaran bersama orang bukan Islam...Jadi apa-apa pendapat,ataupun nasihatnya,boleh saya praktikkan..Kebanyakan alim ulama yang saya tahu,jarang ada yang pernah merasai kehidupan di bumi asing,ataupun yang praktikal apabila menyuarakan pendapat tentang tatacara hidup bersama umat agama lain..Kebanyakannya terkongkong dalam skop Malaysia,ataupun budaya Melayu sendiri..

Secara kebetulan kebelakangan ini,Dr.Asri banyak menulis tentang perkara-perkara yang selalu bermain di fikiran saya...Boleh jadi kerana beliau sekarang sedang berkelana di UK,dan lebih banyak berinteraksi dengan yang bukan Muslim..

Saya bukanlah fanatik Dr.Asri...Ada masa saya setuju,ada masa saya tidak setuju juga kadangkala.. Walaubagaimanapun,saya terdetik untuk bercerita,setelah melihat beberapa perkara dalam artikel-artikelnya,yang saya fikir sesuai dalam persoalan hidup saya ketika ini...

Jadi,meh kita sambung..

---------------------------------------------------------------------------

Case study secara umum:

Daripada kecil sampai sekarang,saya ada kawan-kawan yang bukan beragama Islam..Gua percaya,korang pun ada..So no big deal kat situ..

Dalam ramai-ramai diorang ni,saya percaya anda kenal satu dua daripada mereka yang kehidupannya, tingkah lakunya,budi bahasanya,amat baik sekali..Kadangkala,jauh lebih baik,mengatasi tingkah laku kehidupan orang-orang Melayu Muslim sendiri..

Persoalan: Apakah hak mereka di sisi Allah?

(*Time gua kecik,gua penah tanya ni kat ustaz..Sebab gua tertarik dengan cara uncle Lim Ah Lek layan gua,time dia jadi Exco Pahang dulu..Baik dan bersopan santun..Padahal gua budak kecik jer..

Jawapan ustaz - Semua orang bukan Islam,akhirnya akan masuk neraka,cuma mungkin seksaannya,dikurangkan Allah..Contoh yg diberikan,adalah bapa saudara Nabi sendiri, Abi Talib..Ada orang pulak cakap,sebaik-baik orang kafir,adalah seteruk-teruk orang Islam..Sebagai budak kecil ketika itu,saya menganggukkan tanda menerima)

Case study life gua sendiri:

Apabila mengenali 'someone' ni beberapa bulan yang lalu,saya hanya mampu terpegun..Saya sendiri malu dengan diri sendiri..Boleh kata,saya tercabar sebagai seorang Muslim,juga sebagai seorang Melayu,yang konon bangsanya terkenal dengan tingkah laku yang baik..

Perkenalan ini,berterusan sebab ia menarik minat saya untuk mengetahui corak kehidupan mereka dengan lebih dekat..Saya diperkenalkan dengan keluarga dan kehidupan mereka...Terus terang,saya terus terpegun..Alangkah indah,jika umat Islam mempunyai sikap-sikap sebegini..Kehidupan mereka sangat sesuai dengan ciri-ciri kehidupan seperti yang disuruh oleh agama kita..Lebih mengasyikkan lagi,mereka ini tinggal di tengah-tengah kehidupan Barat yang penuh dengan masalah sosial di Australia..

Apabila mengenali dengan lebih dekat,saya dapati mereka tergolong dalam orang-orang yang sangat mementingkan agama dalam kehidupan..Masyallah,sedangkan saya sendiri tidak hidup sebegini..Insaf dan malu,ia membuka mata saya sedikit sebanyak..Terdetik dalam hati,alangkah indahnya,jika mereka ini,beragama Islam..Tutur kata,cara pemikiran,tingkah laku boleh dikatakan sangat baik..Macam tak pecaya lak aku..huhu!

And then,I started to find out about what they know about Islam..Without any surprise,boleh dikatakan they have ZERO knowledge tentang agama kita..Kalau adapun,seperti yang dijangka,bahawa Islam itu agama terrorist,ganas dan mundur..For most of them,in a way,I'm kinda the first Muslim ever yang muncul dalam kehidupan mereka..

Sejak hari itu,berbagai persoalan muncul dalam hidup saya..

Persoalan minda saya:  Diorg ni baik sangat..Tapi tiada knowledge langsung pasal Islam..Sedangkan kehidupan mereka,jauh lebih baik daripada kebanyakan orang Islam yang saya kenal termasuk gua sendiri..
Saya tidak faham..

Contoh:- Jika umat Islam yang minum arak sebagai hobi,main perempuan,berjudi tanpa batas,tidak jujur,menipu,mencarut dan lain-lain perbuatan ngek,dikatakan akhirnya akan masuk syurga selepas dihitung dan diazab,disebabkan mereka Islam,bagaimana dengan mereka ini?

Lupakan seketika soal mempertigakan Tuhan dalam agama mereka..Cara hidup mereka,jauh lebih Islamik..Sopan-santunnya mengalahkan Melayu..

"Apa kata agama tentang perkara ini?".."Adakah salah mereka jika mereka tidak mengetahui?"

---------------------------------------------------------------------------

Merungkai Persoalan:

Bagai pucuk dicita,ulam mendatang,tulisan-tulisan Dr.Asri baru-baru ini bagai menyambut isi hati saya..
Persoalan tentang Bukan Muslim,ditulis oleh Dr.Asri dalam tulisannya yang saya lampirkan di bawah:


Bolehkah Bukan Muslim Selamat Dari Neraka?

BOLEHKAH BUKAN MUSLIM SELAMAT DARI NERAKA?Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Soalan ini mungkin mengejutkan. Sebab, secara umumnya ramai muslim menganggap setiap yang bukan muslim pasti akan diazab dalam neraka. Tanpa mengambil kira keadaan mereka.

Apabila saya merenung sikap baik ramai individu bukan muslim di Oxford ini dan di tempat lain juga, ia mengingatkan saya kepada Prof DiRaja Engku Aziz. Semasa saya masih Mufti Perlis, beliau pernah datang ke pejabat saya secara bersendirian. Beliau ingin berbicara dengan saya secara tertutup. Ada beberapa soalan yang beliau kemukakan, antaranya: apakah orang bukan muslim yang berakhlak baik itu tetap memasuki neraka? Saya telah jawab serba sederhana untuk beliau ketika itu.


Berbudi Baik

Soalan itu kembali bermain di fikiran saya apabila melihat ramai orang bukan muslim di Barat ini yang jauh lebih berdisiplin dalam hubungan mereka sesama manusia dibandingkan sesetengah orang muslim sendiri. Ya, bukan semua, tetapi ramai. Ya, sejarah orang Barat juga penuh dengan tompokan hitam; pembunuhan, penyeksaan dan pelbagai lagi. Hari ini pun, banyak negara yang mereka ganggu.

Itu cerita politik dan cerita agama yang dipolitikkan. Bukan semestinya sama cerita orang politik dengan cerita orang awam. Hakikatnya, dalam kehidupan peribadi, ramai mereka menepati janji, jujur dalam pekerjaan, ada nilai simpati yang tinggi terhadap manusia, haiwan dan alam. Banyak usaha menderma di sana sini untuk kefakiran dan malapetaka. Ada pula yang enggan memakan daging kerana simpati kepada binatang. Pelbagai lagi asas kemanusiaan dan nilai murni dalam hidup mereka. Di samping tidak dinafikan, sebagai manusia ada juga perkara negatif lain.

Saya ada seorang kawan baik daripada Austria, beliau seorang vegetarian. Dia juga enggan makan produk Nestle dan Coca-cola. Saya bertanya: “Stefanie! Apakah kerana itu satu pegangan agama? Jawabnya: “Tidak, hanya saya simpati kepada haiwan dan saya benci kepada kedua syarikat itu kerana mereka menindas orang miskin. Saya akan terus pulau mereka selagi saya hidup”. Saya diam, saya rasa kita orang muslim pun sukar hendak memulau kedua syarikat itu sekalipun isu Palestin dibangkit mengenai syarikat-syarikat tersebut. Stefanie masih muda, saya tidak tahu sehingga bila beliau boleh bertahan dengan pendiriannya.


Muslim berdakwah di tengah Bandar Oxford. Nasib baik masyarakat mereka tidak membantah orang lain berdakwah dalam negara mereka.
Halangan Hidayah

Bukan sedikit mereka yang seperti beliau. Jiwa mereka baik, perasaan mereka luhur. Malangnya, cahaya hidayah yang sebenar tidak sampai kepada mereka. Bagaimana hendak sampai dengan mudah, banyak hadangan yang mendindingi cahaya yang hakiki itu untuk sampai. Kemunduran negara umat Islam yang sentiasa porak-peranda, kelam-kabut, merusuh dan bergolak. Sikap buruk sesetengah orang muslim yang mendominasi keadaan lalu gagal menjadi contoh dan teladan yang baik kepada masyarakat dunia. Ditambah media massa Barat yang memberikan wajah buruk tentang Islam; disokong pula oleh tindakan umat Islam sendiri.

Lihat Iran yang menzalimi rakyatnya, Pakistan yang porak peranda dan menindas wanita dan Dunia Arab yang sentiasa korupsi dan menumpah darah antara satu sama lain. Kelompok-kelompok kononnya jihad yang mengebom di sana-sini. Mereka semua itu telah menggunakan lencana ‘Islam’, jenama ‘Islam’, lambang ‘Islam’ sehingga Islam yang hakiki menjadi begitu suram dan kabur. Kesemua itu adalah gunung dan bukit yang menghalang cahaya keindahan Islam yang hakiki dari menembusi jiwa kebanyakan manusia hari ini. Maka, bukanlah satu keadilan jika Allah menghukum mereka di akhirat dalam keadaan demikian. Allah berfirman:
“Tidaklah tuhanmu itu zalim terhadap hambaNya” (Fussilat: 46).
Namun tidak dinafikan ada yang telah sampai penerangan yang jelas melalui jalan yang Allah kehendaki. Cuma, bukan semua berpeluang. Mungkin kita kata: mereka boleh cari Islam yang sebenar dalam internet. Malangnya, maklumat dalam internet juga bercampur baur antara yang benar dan yang palsu, antara yang indah dan buruk. Entah berapa banyak puak dan aliran dalam masyarakat muslim. Jika orang yang lahir dalam masyarakat Islam pun keliru, apatahlagi yang baru hendak mencari.

Kemudian, bukan semua orang mempunyai kemampuan analisa. Tidak pula semua mempunyai cukup masa. Juga bukan semua yang sedar bahawa mereka tidak berada atas hidayah. Jika pada zaman dahulu, Salman al-Farisi mengembara dari Parsi untuk mencari Nabi dengan penuh dugaan dan derita, tapi berapa orangkah penduduk Parsi yang sanggup sepertinya? Tiada. Parsi hanya menerima Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w dengan sampainya tentera Umar bin al-Khattab ke sana. Jika Allah mewajibkan semua orang lakukan seperti Salman, pasti suatu bebanan yang tidak tertanggung oleh manusia.

Bolehkah Selamat?

Hari selesa lepas di Centre for Muslim-Christian Studies, Oxford seperti biasa ada seminar mingguan. Setiap hari, saya berjalan kaki berkilometer untuk menghadiri pelbagai seminar. Saya berjalan ke seminar tersebut sejauh dua kilometer dengan penuh harapan mendapat sesuatu yang menarik. Ini kerana tajuk minggu ini ‘Can Non-Muslims be Saved?’. Pembentangnya; Jon Hover, pensyarah Islamic Studies, University of Nottingham.

Saya fikir beliau akan menyentuh apa yang saya harapkan. Malangnya, beliau membahaskan pemikiran Ibn Qayyim al-Jawziyyah (meninggal 751H) tentang Fana an-Nar (Penamatan Neraka). Memang, dalam beberapa karyanya khususnya Hadi al-Arwah, Ibn al-Qayyim berhujah dengan beberapa alasan yang menarik bahawa nereka itu akhirnya akan tamat. Tiada sebarang hikmat Allah menghukum manusia kuffar dalam neraka selamanya. Idea yang kontraversial itu dipertahankan oleh Ibn Qayyim dengan beberapa hujah; riwayat salaf, tafsiran al-Quran dan atas sifat rahmat Allah yang sentiasa mengatasi murkaNya. Namun, saya rasa Jon Hover gagal membentang secara rapi hujah Ibn Qayyim khususnya berkaitan ayat al-Quran Surah Hud ayat 106-108. Saya tidak berhasrat membahaskan pemikiran Ibn Qayyim itu di sini.

Saya rasa persoalan ‘can non-muslims be saved?’ bukanlah itu jawapannya yang memuaskan. Isu apakah neraka kekal atau akhirnya musnah hanyalah tafsiran dan andaian. Hanya Allah Yang Mengetahui. Apapun, yang ke neraka, tetap ke neraka. Ada perbahasan lain yang lebih menarik oleh Ibn al-Qayyim dan para sarjana Islam yang lain. Lebih sepakat, lebih jelas dalilnya dan lebih menyerlahkan keadilan Allah dan keindahan Islam.

Selamat Dari Azab

Para sarjana bersepakat dengan prinsip yang ditegaskan oleh al-Quran bahawa Allah tidak akan mengazabkan seseorang melainkan setelah diutuskan rasul. Sesiapa yang tidak sampai kepadanya ajaran yang benar dari seorang rasul, tidak ditegakkan hujah yang teguh sehingga tiada alasan untuk ragu dan syak, maka dia tidak akan diazabkan oleh Allah. Ini seperti yang Allah tegaskan: (maksudnya)
“Tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sehingga Kami mengutuskan seorang rasul” (Surah al-Israk: 15).
Inilah yang menyelamatkan bukan muslim yang tidak sampai hujah hidayah kepada mereka. Bahkan inilah juga yang menyelamatkan muslim yang jahil yang tidak disampaikan hujah dalam amalan atau kepercayaan tentang Islam mengenai sesuatu perkara. Al-Sa’di dalam tafsirnya menyebut:
“Allah itu Maha Adil, Dia tidak akan mengazab seseorang melainkan ditegakkan hujah dengan pengutusan rasul tapi dia menolaknya. Adapun sesiapa yang tidak sampai kepadanya hujah Allah, maka sesungguhnya dia tidak diazab”.
Ini dikuatkan lagi dengan firman Allah: (maksudnya)
“Rasul-rasul pembawa khabar gembira dan amaran supaya tiada bagi manusia suatu hujah (alasan untuk berdalih pada hari kiamat) terhadap Allah sesudah mengutuskan rasul-rasul itu. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” (al-Nisa: 165).
Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam karyanya Tariq al-Hijratain menyebut:
“Sesungguhnya azab itu layak diterima kerana dua sebab; pertama, tidak mahu mendengar hujah serta enggan menerima dan beramal dengan tuntutannya. Kedua, berkeras setelah ditegakkan hujah dan meninggalkan tanggungjawab berkaitan. Maka jenis yang pertama; kufur berpaling (enggan mendengar) dan yang kedua; kufur keras kepala. Adapun kufur kerana jahil tanpa ditegakkan hujah dan tanpa kemampuan untuk mengenali hujah, jenis inilah yang Allah tidak akan azab sehingga tertegaknya hujah rasul”.
Seterus Ibn Qayyim menyebut lagi:
“Sesungguhnya penegakan hujah itu berbeza dengan berbezanya zaman, tempat dan individu. Mungkin dikira tertegaknya hujah ke atas orang-orang kafir pada suatu zaman, tidak pula pada zaman yang lain. Juga dikira tertegak pada satu tempat atau kawasan, tidak pada tempat atau kawasan yang lain. Demikian untuk seseorang, namun tidak pada individu lain” (m/s 438. Kaherah: Maktabah al-Mutanabi)
Ya, maksudnya cara dan pendekatan penerangan tentang kebenaran Islam itu sehingga dianggap tertegak hujah adalah berbeza mengikut zaman, tempat dan individu. Mereka yang hidup dalam suasana hari ini caranya berbeza dengan zaman dahulu. Zaman kekeliruan tidak sama zaman kejelasan. Demikian latar tempat dan negara. Seseorang yang berada di negara muslim, tidak sama yang berada di negara bukan muslim dan seterusnya. Demikian latar pendidikan dan akal, tidak sama. Maka, apabila hujah tidak memadai untuk mereka, Allah berjanji tidak akan mengazab mereka. Apakah di Barat dan Malaysia juga hujah sudah memadai?

----------------------------------------------------------------------------

Tulisan Dr.Asri di atas,membangkitkan pula persoalan kedua tentang Tanggungjawab Hujah..

Apabila kami mula berkawan rapat,soalan ini pulak muncul dalam kepala gua,

Kini,persoalannya bukan terhadap mereka dah..
Daripada persoalan tentang mereka,kini fokusnya terarah terhadap.......SAYA~..

"What should I do?"
"Apakah hukumnya terhadap saya pulak?"
"Apa peranan saya sebagai individu?"

Ia penting,sebab kalau anda baca post saya sebelum ni,I've lost interest in menyibuk pasal life orang lain.. Termasuk life orang-orang yang rapat dengan saya..Sebab saya serik..
Jangan kata nak berdakwah,nak nasihat awek sendiri dulu-dulu pun tak dapat..

Ish..sumpah serik~Tak nak dah aku...
I don't want to be called a mental abuser anymore in life..
Ni kan pulak strangers to Islamic world..
How now?

For quite a while,gua buat hal sendiri jer,tak peduli orang..

Jadi bagaimana?

Insyallah,akan saya bincangkan di post seterusnya..

Selamat berfikir..:-)
Assalamualaikum~
-------------------------------------------------------------------------

Sunday, November 13, 2011

Tuhan,hamba-Mu ini siapa?

Seperti yang dijanjikan di twitter tempohari,saya ingin berkongsi tentang kehidupan terkini..

Mungkin tak penting,sebab it's my personal life..Gua bukannya artis ke sapa..huhu..
But I wanna share,because I need people to understand if one day things will develop any further..Especially for my family..They need to understand me,because I don't really share my feelings in real life usually..

Saya jarang bercerita mengenai relationship di blog,atau mungkin tidak pernah sebenarnya..
I was broken-hearted..Not going to deny that..I was lost somewhere..For quite a while..

Kalau tak salah,I've never written anything about relationship,kecuali secara tidak langsung ketika mengulas artikel tulisan Dr.Asri tentang perkara berkenaan 'Kesan wanita terhadap Lelaki" tidak lama dahulu...

--------------------------------------------------------------------------

When I first decided to come over to Australia,it wasn't all about studies..Everyone knows that I hate to study...But of course,it had nothing to do with relationship either..

The main objective for me,is to experience life..
Experience religion..
Experience culture..
Experience diversity..
Experience way of life..
Experience intellectual environment..

Experience every aspects of human behaviour and civilization..

I want to get something that I wouldn't get if I have stayed home,in the same environment and same usual people around me all the time..

Good things boleh bawak balik,sementara yang buruk dijadikan teladan..

-------------------------------------------------------------------------

My life has never been driven by money,power,fame,or titles..
None of these can motivate me to achieve more in life..
I don't wanna be a Malay Muslim who is bounded with material desire,and easily conquered with some kind of feudalistic mindset..

Big cars?..I don't really care..
Big house?..Minat gak sikit,tapi it's not that important for me..
Big job?..Personally,nope..But I need it in order to achieve my dream..The only job I've been dreaming all along is a job that can get me to contribute to the society and human beings.especially the poors and unfortunate people..(Big job,doesn't mean a big paycheck in my perspective..)

Kemiskinan,boleh membawa kepada kekufuran kata Nabi..
Kekayaan,adalah satu ujian dari Allah SWT,yang juga boleh membawa kekufuran..Kufur nikmat..Sebagaimana Qarun dan lain-lainnya..

Jadi,bagaimana?

---------------------------------------------------------------------------

Hidup,telah membawa saya ke Adelaide dengan tidak semena-mena..
Hidup juga telah membuat saya menghilangkan diri daripada dunia buat sementara..
Saya hilang kepercayaan terhadap manusia..
It wasn't about Love..It was about Trust..

You can never lost 'Love'..It will always be there..
But I lost my soul..I lost my trust..

Losing a sense of 'Trust' in life,is the worst kind of damage that anyone can ever experienced..
It will affect everyone,and everything you do in life..
And to be able to recover from that,it takes you a lot of courage..
Apa yang berlaku suatu ketika dahulu,membuat saya hilang kepercayaan sesama manusia..

Gua juga hilang perasaan caring..
Aku tak peduli sapa-sapa pun sepanjang dua tahun..
Lantak lah apa orang nak buat...If people around me have any problems,I let them deal with it themselves..
I am not that Azrul yang suka to be responsible and care about people's life anymore..

So what should I do in order to find myself back?
What happened?

--------------------------------------------------------------------------

A soul-searching process suddenly took its course naturally..
Without even me,knowing it myself..

Jadi bermulalah sebuah lagi pengembaraan...
Dan kini,I'm enjoying another kind of adventure in life..
I met someone..

Someone,yang telah membuka mata saya kembali tentang agama,kehidupan,dan keindahan sifat seorang manusia..and guess what,she's a Christian...a devoted Christian..Living a life that reflects her God..Bukan sekadar pada nama..

Begitulah hebatnya Allah SWT..This time it's not about relationship semata-mata..
Allah mungkin memberi peluang kepada saya kali ini,untuk kembali mendalami agama saya sendiri..
Kalau nak ikut perasaan cinta,jauh lebih hebat perasaan saya dengan yang sebelum ini..

And I'm inviting everyone to explore this journey together,next in my writings..

It will be interesting because I would like to discuss things involving soal akidah, respect, tolerance, dakwah, hukum, nas, ahli kitab,Christianity,Al-Quran,Bible, history,dan lain-lain..Satu bidang ilmu sebenarnya..

Hidup bersendirian kebelakangan ini,memberi seribu makna..
Memetik kata-kata Dr.Asri,(bekas Mufti Perlis for those who doesn't know),

"Sendirian memberi ruang kita berfikir kembali banyak perkara..Diari hidup,dan segala hikmahnya..Koreksi diri.merenung nurani..Tuhan,hamba-Mu ini siapa?"

Till then,have a lovely weekend..Assalamualaikum~

---------------------------------------------------------------------------