Saturday, February 12, 2011
'Raja' Mubarak
Pernah di suatu ketika dahulukala, Raja dianggap sebagai Tuhan yang menguasai langit dan bumi.Pada zaman keagungan China misalnya,untuk menjadi maharaja,seseorang pemerintah dikatakan perlu mendapatkan mandat dari syurga atau kayangan melalui petunjuk-petunjuk yang ditafsir oleh ahli-ahli nujum diraja.Rakyat hanya menurut segala arahan,samada secara sukarela kerana taat,mahupun tanpa kerelaan kerana dipaksa.Rakyat sanggup berperang untuk maharaja-maharaja,dan pemimpin agung mereka.
Sistem ini berterusan hingga ke zaman feudal.Segala cukai dan pendapatan rakyat adalah atas ihsan raja-raja mereka.Sistem pemerintahan hanya bertukar tatkala ada kematian ataupun dijatuhkan atas rampasan kuasa atau perebutan saudara-mara.Sistem beraja tidak memungkinkan rakyat membuat pilihan.Baik rajanya, makmurlah negeri.Buruk rajanya,malanglah segalanya.
Raja yang baik,mementingkan rakyat.Raja yang buruk,menjaga kepentingan diri dan keluarga sementara rakyat tertindas.Tidak kurang juga raja-raja yang menggula-gulakan rakyat dengan sedikit kemewahan untuk menutup kemewahan mereka sendiri.Kadang-kadang kita terfikir,adakah harta negara merupakan milik mutlak mereka,ataupun sebenarnya harta milik seluruh rakyat jelata?
Kalau benar harta negara milik mereka,maksudnya rakyat marhaein adalah sekadar insan yang menumpang tanah 'pusaka' milik raja-raja mereka.Hasil usaha rakyat menanam padi,berjual-beli,berdagang ke sana dan ke sini semuanya milik mereka.Kita hanya menumpang dan harus membayar harganya kepada mereka selaku 'tuan tanah'.Hasilnya,raja-raja ini memiliki kemewahan yang tidak terhingga.Harta-harta ini diperturunkan dari zaman ke zaman,dan dari generasi ke generasi.Raja mempunyai kuasa mutlak,malah kepercayaan bahawa merekalah pemimpin dipilih tuhan untuk menguasai dunia (negeri) masih ada kemungkinannya.
Siapa yang memulakan sistem beraja?Sistem beraja bermula dari kerajaan kuno,ketika masyarakat masih berpegang pada mitos-mitos dan cerita-cerita purba,sebelum kedatangan Islam lagi.Banyak juga yang dilantik atas dasar tilikan ahli-ahli nujum,ataupun atas dasar peperangan.Siapa kuat,dia berkuasa.
Pada zaman kegemilangan Islam selepas wafatnya Rasul,masih ada kewujudan sistem beraja.Islam tidak menentang kewujudan raja-raja ini.Nabi Sulaiman juga seorang raja.Bahkan kehidupan sesetengah khalifah-khalifah Islam sebelum kejatuhannya juga,adalah ibarat kehidupan raja-raja kuno.Walau bagaimanapun, tanpa disedari kemewahan dan kuasa menjadi punca kejatuhan tamadun kita.
Jadi di mana silapnya?Adakah sistem itu sendiri,ataupun kerakusan individu-individu yang diangkat menjadi 'raja'?..
Dalam dunia moden hari ini,kita bukan saja ada raja,malah kita juga ada 'raja' yang berselindung di sebalik gelaran presiden,perdana menteri,gabenor,menteri,CM,MB atau apa saja namanya, yang lagak ibarat pemimpin agung dahulukala.Di Malaysia misalnya,lebih teruk lagi,ada sesetengah yang baru mula berpolitik dan berjawatan sikit,tapi lagaknya juga sama. Dalam komunisme, pemimpinnya juga ibarat raja.Apa bezanya Kim Jong-Il,Mao Ze Dong dengan 'raja-raja' di negara Islam yang lain contohnya? Siapa yang kaya dalam negara mereka?Cuba lihat cara hidup 'raja-raja' ini dan kaum kerabat mereka..Siapa yang boleh menegur atau berbeza pendapat dengan mereka?
Namun apabila negara bergolak,pembangunan negeri perlahan,duit negara entah ke mana perginya,ekonomi rakyat dalam keadaan tidak tentu hala,siapa yang akan menanggung bebannya?Apabila rakyat membaling batu sesama sendiri atas nama revolusi,siapa yang menjadi mangsa? Siapa yang tinggal di istana kayangan,dan siapa yang beramai-ramai di jalanan?
Adakah 'raja-raja' ini??..TIDAK..Mereka mungkin diusir,tetapi masih boleh hidup mewah di luar negara dengan harta berbillion.Masih banyak istana,masih banyak Ferrarinya,masih bisa berpesta.Mana mungkin mereka bisa mengerti rakyat jika hidup dibuai kemewahan sepanjang masa.Rakyat dipandang sebelah mata.Tidak ada apa-apa kerugian bagi mereka dan keluarga,sedangkan rakyat harus kembali membangunkan negara.
Semoga apa yang berlaku pada nama-nama seperti Hosni Mubarak,Ben Ali,Augusto Pinochet,Shah Iran,Ferdinand Marcos,Nicolae Ceaușescu menjadi iktibar buat 'raja-raja' yang ada hari ini.Semoga ianya tidak berlaku di Malaysia.Namun hakikatnya, penyelewengan tidak akan dapat dipendam selama-lamanya.Suatu hari tak kira di mana,pasti ada yang bersuara,termasuk di Malaysia.Masih belum terlambat untuk 'raja-raja' ini berubah hendaknya.Cuma agak malang,kerna kebanyakan 'raja-raja' ini, kebal bertaburan di negeri-negeri Islam. Wallahualam..
p/s: As much as I don't believe in street demonstration,I believe what happened in Egypt is inevitable and came naturally by the people.That's what happen when you misused power and the country's resources.What happened has proved that, Democracy,even with its weaknesses,is still the better choice. Good luck Egypt~ So who's next?..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




2 comments:
bagi aku kalau kat msia nie Tun Mahathir step down at the right time eventho tu pun sbb rakyat da mula nk memberontak.im not saying that Tun sama mcm 'raja-raja' tu but when ur too long in power lama2 org akan bosan dan sakit ati eventho u do an excellent job.im sure mubarak not as bangsat as what we heard today but the fact that dia terlalu lama pegang kuasa tu yg org makin lama menyampah and mula nk korek salah dia n jatuhkan dia.aku bkn sokong pembangkang mahupun gov tp bila pikir balik kita pun hampir sama mcm kes2 egypt n all nie.maybe kita x se ekstrim sana but bibit2 tu da mula bercambah ditambah pulak dgn pencetus2 yg pandai main peranan spt DSAI so rakyat akan lebih memberontak.im glad Tun Mahathir stepped down in 2004 coz if he still remains in helm our beloved msia cud be more chaotic than 1999 street demonstration.and the issue of DSAI power abuse or sexual case are just a medium for people to use against the gov.the real fact is u cant be too long in power and shudnt be too comfortable when u hv it.makan sblm kenyang and berhenti sblm lapar.Tun Mahthir almost kenyang2 da tu and luckily he realised cukup laa nnt x larat bangun lak sbb perut penuh...hahahaha...
I believe ur point is this - Memimpin,tak boleh lama-lama sangat..Jgn overstay..And a good example is like how Dr.M did..Right??hehe.. Kira Mubarak ni tak sempat buat mende yg sama laa agaknya..huhu~
'Raja-raja' dlm artikel ini,is more to those yg tidak mengamalkan a real democracy..Di mana rakyat tidak memilih mereka sbg pemimpin..Mereka menjadi pemimpin disebabkan samada menang perang/rampasan kuasa,kroni pemimpin terdahulu,atau atas dasar keturunan..Dalam masa yg sama,pemimpin-pemimpin ini,bermewahan dgn harta negara secara berlebihan..
Dgn demokrasi,at least kita masih ada cara utk menukar pemimpin secara aman..Boleh tegur dan hukum klu pemimpin buat salah..We still have that freedom of speech..
Kan dah panjang gak komen aku..hehe..
Post a Comment