Konon-konon DISCLAIMER:
---------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah,telah selesai satu perkara semalam..So I can continue to write again..Post aritu sebenarnya intro jer..Tapi sebab dah panjang sangat,cukup kat situ jer lah..
Saya sebenarnya ingin menulis tentang persoalan umum..Kebetulan,ia mungkin ada kaitan dengan hidup saya sekarang..Jadi nak tak nak,gua tak dapat elak laa kalau terpaksa kait dengan kisah peribadi sedikit sebanyak..
Sebelum ini,saya selalu tercari-cari alim ulama yang berpengalaman,ataupun yang berpengetahuan tentang tatacara hidup dalam persekitaran bersama orang bukan Islam...Jadi apa-apa pendapat,ataupun nasihatnya,boleh saya praktikkan..Kebanyakan alim ulama yang saya tahu,jarang ada yang pernah merasai kehidupan di bumi asing,ataupun yang praktikal apabila menyuarakan pendapat tentang tatacara hidup bersama umat agama lain..Kebanyakannya terkongkong dalam skop Malaysia,ataupun budaya Melayu sendiri..
Secara kebetulan kebelakangan ini,Dr.Asri banyak menulis tentang perkara-perkara yang selalu bermain di fikiran saya...Boleh jadi kerana beliau sekarang sedang berkelana di UK,dan lebih banyak berinteraksi dengan yang bukan Muslim..
Saya bukanlah fanatik Dr.Asri...Ada masa saya setuju,ada masa saya tidak setuju juga kadangkala.. Walaubagaimanapun,saya terdetik untuk bercerita,setelah melihat beberapa perkara dalam artikel-artikelnya,yang saya fikir sesuai dalam persoalan hidup saya ketika ini...
Jadi,meh kita sambung..
---------------------------------------------------------------------------
Case study secara umum:
Daripada kecil sampai sekarang,saya ada kawan-kawan yang bukan beragama Islam..Gua percaya,korang pun ada..So no big deal kat situ..
Dalam ramai-ramai diorang ni,saya percaya anda kenal satu dua daripada mereka yang kehidupannya, tingkah lakunya,budi bahasanya,amat baik sekali..Kadangkala,jauh lebih baik,mengatasi tingkah laku kehidupan orang-orang Melayu Muslim sendiri..
Persoalan: Apakah hak mereka di sisi Allah?
(*Time gua kecik,gua penah tanya ni kat ustaz..Sebab gua tertarik dengan cara uncle Lim Ah Lek layan gua,time dia jadi Exco Pahang dulu..Baik dan bersopan santun..Padahal gua budak kecik jer..
Jawapan ustaz - Semua orang bukan Islam,akhirnya akan masuk neraka,cuma mungkin seksaannya,dikurangkan Allah..Contoh yg diberikan,adalah bapa saudara Nabi sendiri, Abi Talib..Ada orang pulak cakap,sebaik-baik orang kafir,adalah seteruk-teruk orang Islam..Sebagai budak kecil ketika itu,saya menganggukkan tanda menerima)
Case study life gua sendiri:
Apabila mengenali 'someone' ni beberapa bulan yang lalu,saya hanya mampu terpegun..Saya sendiri malu dengan diri sendiri..Boleh kata,saya tercabar sebagai seorang Muslim,juga sebagai seorang Melayu,yang konon bangsanya terkenal dengan tingkah laku yang baik..
Perkenalan ini,berterusan sebab ia menarik minat saya untuk mengetahui corak kehidupan mereka dengan lebih dekat..Saya diperkenalkan dengan keluarga dan kehidupan mereka...Terus terang,saya terus terpegun..Alangkah indah,jika umat Islam mempunyai sikap-sikap sebegini..Kehidupan mereka sangat sesuai dengan ciri-ciri kehidupan seperti yang disuruh oleh agama kita..Lebih mengasyikkan lagi,mereka ini tinggal di tengah-tengah kehidupan Barat yang penuh dengan masalah sosial di Australia..
Apabila mengenali dengan lebih dekat,saya dapati mereka tergolong dalam orang-orang yang sangat mementingkan agama dalam kehidupan..Masyallah,sedangkan saya sendiri tidak hidup sebegini..Insaf dan malu,ia membuka mata saya sedikit sebanyak..Terdetik dalam hati,alangkah indahnya,jika mereka ini,beragama Islam..Tutur kata,cara pemikiran,tingkah laku boleh dikatakan sangat baik..Macam tak pecaya lak aku..huhu!
And then,I started to find out about what they know about Islam..Without any surprise,boleh dikatakan they have ZERO knowledge tentang agama kita..Kalau adapun,seperti yang dijangka,bahawa Islam itu agama terrorist,ganas dan mundur..For most of them,in a way,I'm kinda the first Muslim ever yang muncul dalam kehidupan mereka..
Sejak hari itu,berbagai persoalan muncul dalam hidup saya..
Persoalan minda saya: Diorg ni baik sangat..Tapi tiada knowledge langsung pasal Islam..Sedangkan kehidupan mereka,jauh lebih baik daripada kebanyakan orang Islam yang saya kenal termasuk gua sendiri..
Saya tidak faham..
Contoh:- Jika umat Islam yang minum arak sebagai hobi,main perempuan,berjudi tanpa batas,tidak jujur,menipu,mencarut dan lain-lain perbuatan ngek,dikatakan akhirnya akan masuk syurga selepas dihitung dan diazab,disebabkan mereka Islam,bagaimana dengan mereka ini?
Lupakan seketika soal mempertigakan Tuhan dalam agama mereka..Cara hidup mereka,jauh lebih Islamik..Sopan-santunnya mengalahkan Melayu..
"Apa kata agama tentang perkara ini?".."Adakah salah mereka jika mereka tidak mengetahui?"
---------------------------------------------------------------------------
Merungkai Persoalan:
Bagai pucuk dicita,ulam mendatang,tulisan-tulisan Dr.Asri baru-baru ini bagai menyambut isi hati saya..
Persoalan tentang Bukan Muslim,ditulis oleh Dr.Asri dalam tulisannya yang saya lampirkan di bawah:
Bolehkah Bukan Muslim Selamat Dari Neraka?
Disiarkan pada Nov 03, 2011 dalam kategori Dakwah
BOLEHKAH BUKAN MUSLIM SELAMAT DARI NERAKA?Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Soalan ini mungkin mengejutkan. Sebab, secara umumnya ramai muslim menganggap setiap yang bukan muslim pasti akan diazab dalam neraka. Tanpa mengambil kira keadaan mereka.
Apabila saya merenung sikap baik ramai individu bukan muslim di Oxford ini dan di tempat lain juga, ia mengingatkan saya kepada Prof DiRaja Engku Aziz. Semasa saya masih Mufti Perlis, beliau pernah datang ke pejabat saya secara bersendirian. Beliau ingin berbicara dengan saya secara tertutup. Ada beberapa soalan yang beliau kemukakan, antaranya: apakah orang bukan muslim yang berakhlak baik itu tetap memasuki neraka? Saya telah jawab serba sederhana untuk beliau ketika itu.
Berbudi Baik
Soalan itu kembali bermain di fikiran saya apabila melihat ramai orang bukan muslim di Barat ini yang jauh lebih berdisiplin dalam hubungan mereka sesama manusia dibandingkan sesetengah orang muslim sendiri. Ya, bukan semua, tetapi ramai. Ya, sejarah orang Barat juga penuh dengan tompokan hitam; pembunuhan, penyeksaan dan pelbagai lagi. Hari ini pun, banyak negara yang mereka ganggu.
Itu cerita politik dan cerita agama yang dipolitikkan. Bukan semestinya sama cerita orang politik dengan cerita orang awam. Hakikatnya, dalam kehidupan peribadi, ramai mereka menepati janji, jujur dalam pekerjaan, ada nilai simpati yang tinggi terhadap manusia, haiwan dan alam. Banyak usaha menderma di sana sini untuk kefakiran dan malapetaka. Ada pula yang enggan memakan daging kerana simpati kepada binatang. Pelbagai lagi asas kemanusiaan dan nilai murni dalam hidup mereka. Di samping tidak dinafikan, sebagai manusia ada juga perkara negatif lain.
Saya ada seorang kawan baik daripada Austria, beliau seorang vegetarian. Dia juga enggan makan produk Nestle dan Coca-cola. Saya bertanya: “Stefanie! Apakah kerana itu satu pegangan agama? Jawabnya: “Tidak, hanya saya simpati kepada haiwan dan saya benci kepada kedua syarikat itu kerana mereka menindas orang miskin. Saya akan terus pulau mereka selagi saya hidup”. Saya diam, saya rasa kita orang muslim pun sukar hendak memulau kedua syarikat itu sekalipun isu Palestin dibangkit mengenai syarikat-syarikat tersebut. Stefanie masih muda, saya tidak tahu sehingga bila beliau boleh bertahan dengan pendiriannya.

Muslim berdakwah di tengah Bandar Oxford. Nasib baik masyarakat mereka tidak membantah orang lain berdakwah dalam negara mereka.
Bukan sedikit mereka yang seperti beliau. Jiwa mereka baik, perasaan mereka luhur. Malangnya, cahaya hidayah yang sebenar tidak sampai kepada mereka. Bagaimana hendak sampai dengan mudah, banyak hadangan yang mendindingi cahaya yang hakiki itu untuk sampai. Kemunduran negara umat Islam yang sentiasa porak-peranda, kelam-kabut, merusuh dan bergolak. Sikap buruk sesetengah orang muslim yang mendominasi keadaan lalu gagal menjadi contoh dan teladan yang baik kepada masyarakat dunia. Ditambah media massa Barat yang memberikan wajah buruk tentang Islam; disokong pula oleh tindakan umat Islam sendiri.
Lihat Iran yang menzalimi rakyatnya, Pakistan yang porak peranda dan menindas wanita dan Dunia Arab yang sentiasa korupsi dan menumpah darah antara satu sama lain. Kelompok-kelompok kononnya jihad yang mengebom di sana-sini. Mereka semua itu telah menggunakan lencana ‘Islam’, jenama ‘Islam’, lambang ‘Islam’ sehingga Islam yang hakiki menjadi begitu suram dan kabur. Kesemua itu adalah gunung dan bukit yang menghalang cahaya keindahan Islam yang hakiki dari menembusi jiwa kebanyakan manusia hari ini. Maka, bukanlah satu keadilan jika Allah menghukum mereka di akhirat dalam keadaan demikian. Allah berfirman:
“Tidaklah tuhanmu itu zalim terhadap hambaNya” (Fussilat: 46).Namun tidak dinafikan ada yang telah sampai penerangan yang jelas melalui jalan yang Allah kehendaki. Cuma, bukan semua berpeluang. Mungkin kita kata: mereka boleh cari Islam yang sebenar dalam internet. Malangnya, maklumat dalam internet juga bercampur baur antara yang benar dan yang palsu, antara yang indah dan buruk. Entah berapa banyak puak dan aliran dalam masyarakat muslim. Jika orang yang lahir dalam masyarakat Islam pun keliru, apatahlagi yang baru hendak mencari.
Kemudian, bukan semua orang mempunyai kemampuan analisa. Tidak pula semua mempunyai cukup masa. Juga bukan semua yang sedar bahawa mereka tidak berada atas hidayah. Jika pada zaman dahulu, Salman al-Farisi mengembara dari Parsi untuk mencari Nabi dengan penuh dugaan dan derita, tapi berapa orangkah penduduk Parsi yang sanggup sepertinya? Tiada. Parsi hanya menerima Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w dengan sampainya tentera Umar bin al-Khattab ke sana. Jika Allah mewajibkan semua orang lakukan seperti Salman, pasti suatu bebanan yang tidak tertanggung oleh manusia.
Bolehkah Selamat?
Hari selesa lepas di Centre for Muslim-Christian Studies, Oxford seperti biasa ada seminar mingguan. Setiap hari, saya berjalan kaki berkilometer untuk menghadiri pelbagai seminar. Saya berjalan ke seminar tersebut sejauh dua kilometer dengan penuh harapan mendapat sesuatu yang menarik. Ini kerana tajuk minggu ini ‘Can Non-Muslims be Saved?’. Pembentangnya; Jon Hover, pensyarah Islamic Studies, University of Nottingham.
Saya fikir beliau akan menyentuh apa yang saya harapkan. Malangnya, beliau membahaskan pemikiran Ibn Qayyim al-Jawziyyah (meninggal 751H) tentang Fana an-Nar (Penamatan Neraka). Memang, dalam beberapa karyanya khususnya Hadi al-Arwah, Ibn al-Qayyim berhujah dengan beberapa alasan yang menarik bahawa nereka itu akhirnya akan tamat. Tiada sebarang hikmat Allah menghukum manusia kuffar dalam neraka selamanya. Idea yang kontraversial itu dipertahankan oleh Ibn Qayyim dengan beberapa hujah; riwayat salaf, tafsiran al-Quran dan atas sifat rahmat Allah yang sentiasa mengatasi murkaNya. Namun, saya rasa Jon Hover gagal membentang secara rapi hujah Ibn Qayyim khususnya berkaitan ayat al-Quran Surah Hud ayat 106-108. Saya tidak berhasrat membahaskan pemikiran Ibn Qayyim itu di sini.
Saya rasa persoalan ‘can non-muslims be saved?’ bukanlah itu jawapannya yang memuaskan. Isu apakah neraka kekal atau akhirnya musnah hanyalah tafsiran dan andaian. Hanya Allah Yang Mengetahui. Apapun, yang ke neraka, tetap ke neraka. Ada perbahasan lain yang lebih menarik oleh Ibn al-Qayyim dan para sarjana Islam yang lain. Lebih sepakat, lebih jelas dalilnya dan lebih menyerlahkan keadilan Allah dan keindahan Islam.
Selamat Dari Azab
Para sarjana bersepakat dengan prinsip yang ditegaskan oleh al-Quran bahawa Allah tidak akan mengazabkan seseorang melainkan setelah diutuskan rasul. Sesiapa yang tidak sampai kepadanya ajaran yang benar dari seorang rasul, tidak ditegakkan hujah yang teguh sehingga tiada alasan untuk ragu dan syak, maka dia tidak akan diazabkan oleh Allah. Ini seperti yang Allah tegaskan: (maksudnya)
“Tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sehingga Kami mengutuskan seorang rasul” (Surah al-Israk: 15).Inilah yang menyelamatkan bukan muslim yang tidak sampai hujah hidayah kepada mereka. Bahkan inilah juga yang menyelamatkan muslim yang jahil yang tidak disampaikan hujah dalam amalan atau kepercayaan tentang Islam mengenai sesuatu perkara. Al-Sa’di dalam tafsirnya menyebut:
“Allah itu Maha Adil, Dia tidak akan mengazab seseorang melainkan ditegakkan hujah dengan pengutusan rasul tapi dia menolaknya. Adapun sesiapa yang tidak sampai kepadanya hujah Allah, maka sesungguhnya dia tidak diazab”.Ini dikuatkan lagi dengan firman Allah: (maksudnya)
“Rasul-rasul pembawa khabar gembira dan amaran supaya tiada bagi manusia suatu hujah (alasan untuk berdalih pada hari kiamat) terhadap Allah sesudah mengutuskan rasul-rasul itu. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” (al-Nisa: 165).Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam karyanya Tariq al-Hijratain menyebut:
“Sesungguhnya azab itu layak diterima kerana dua sebab; pertama, tidak mahu mendengar hujah serta enggan menerima dan beramal dengan tuntutannya. Kedua, berkeras setelah ditegakkan hujah dan meninggalkan tanggungjawab berkaitan. Maka jenis yang pertama; kufur berpaling (enggan mendengar) dan yang kedua; kufur keras kepala. Adapun kufur kerana jahil tanpa ditegakkan hujah dan tanpa kemampuan untuk mengenali hujah, jenis inilah yang Allah tidak akan azab sehingga tertegaknya hujah rasul”.Seterus Ibn Qayyim menyebut lagi:
“Sesungguhnya penegakan hujah itu berbeza dengan berbezanya zaman, tempat dan individu. Mungkin dikira tertegaknya hujah ke atas orang-orang kafir pada suatu zaman, tidak pula pada zaman yang lain. Juga dikira tertegak pada satu tempat atau kawasan, tidak pada tempat atau kawasan yang lain. Demikian untuk seseorang, namun tidak pada individu lain” (m/s 438. Kaherah: Maktabah al-Mutanabi)Ya, maksudnya cara dan pendekatan penerangan tentang kebenaran Islam itu sehingga dianggap tertegak hujah adalah berbeza mengikut zaman, tempat dan individu. Mereka yang hidup dalam suasana hari ini caranya berbeza dengan zaman dahulu. Zaman kekeliruan tidak sama zaman kejelasan. Demikian latar tempat dan negara. Seseorang yang berada di negara muslim, tidak sama yang berada di negara bukan muslim dan seterusnya. Demikian latar pendidikan dan akal, tidak sama. Maka, apabila hujah tidak memadai untuk mereka, Allah berjanji tidak akan mengazab mereka. Apakah di Barat dan Malaysia juga hujah sudah memadai?
----------------------------------------------------------------------------
Tulisan Dr.Asri di atas,membangkitkan pula persoalan kedua tentang Tanggungjawab Hujah..
Apabila kami mula berkawan rapat,soalan ini pulak muncul dalam kepala gua,
Kini,persoalannya bukan terhadap mereka dah..
Daripada persoalan tentang mereka,kini fokusnya terarah terhadap.......SAYA~..
"What should I do?"
"Apakah hukumnya terhadap saya pulak?"
"Apa peranan saya sebagai individu?"
Ia penting,sebab kalau anda baca post saya sebelum ni,I've lost interest in menyibuk pasal life orang lain.. Termasuk life orang-orang yang rapat dengan saya..Sebab saya serik..
Jangan kata nak berdakwah,nak nasihat awek sendiri dulu-dulu pun tak dapat..
Ish..sumpah serik~Tak nak dah aku...
I don't want to be called a mental abuser anymore in life..
Ni kan pulak strangers to Islamic world..
How now?
For quite a while,gua buat hal sendiri jer,tak peduli orang..
Jadi bagaimana?
Insyallah,akan saya bincangkan di post seterusnya..
Selamat berfikir..:-)
Assalamualaikum~
-------------------------------------------------------------------------
5 comments:
coretan menarik oleh dr.asri.
1.bolehkah mereka selamat dari neraka? prinsip keadilan - baik dibalas baik, jahat dibalas jahat. benarkah SEMUA KAFIR tggal dineraka selama2nye? Hanya Allah Yg Maha Mengetahui (kecuali JELAS disebutkan dlm Quran). rasanya syurga & neraka ini bukan urusan kita.
2.neraka ada penamatnya? (tang ni gua tak pernah dgr. tp kalau ada dalam Quran, tunjuk2kan lah).
3. "so, what should u do?"
sabar. tak usah terburu2. hujah berhujah ni simpan dulu. bagaimana hidayah sampai kpd manusia? (bicara2 ringan mgkin membantu, tp AWAS! bkn ringan2 dol..!)
berdoalah utk mereka. mgkin esok turun, lusa, tahun depan, lg 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun? mana tau? BOLEH TUNGGU?
hikmah. sebutnye mudah aje. tp mcm mane? gua tak tau. lu? berdoalah. mgkin ditunjukkan 'jalan'. -BG
soalan.
kita nak berdakwah sbb jatuh cinta pd 'seseorang'. pd 'kawan2' lain mcm mana? abaikan or nak dakwah juga? bagaimana sepatutnya tugas seorang muslim sbg seorang 'khalifah'? -BG
soalan jugak.
Berdasarkan soalan ke 3..Nak tunggu apa,dan untuk apa bro?..
Gua tak tunggu apa-apa pun..:-)
Untuk 2nd comment,
Nak berdakwah ke apa ke,ikut lah situasi masing2..Lain org,lain hidup dia,lain org yg dia jumpa..Tak semestinya bercinta..
Untuk saya sendiri,ianya berlaku secara kebetulan..Tak expect punn..
*Dulu gua penah gak ada awek bkn Islam,xde pun rasa nak berdakwah..Poor me..
Tapi soalan lu ni,lu tanya ustaz laa bagus..Gua ni abuk pun tarak..huhu..
But I'll discuss abt it weekend ni in next post..
bagus jgk kalu xde ape yg lu tunggu. boleh gua kata skrg lu dah jelas dgn tujuan hubungan tsb?
(dont get me wrong bro, i need no ustaz utk sembang2 mcm ni. seme ni utk sama2 fikir dgn lu je! kene cari ustaz bila sampai masanye nant! haha!) -BG
Drp kita cari ustaz,kita gi cari tok Kadi laaa jom!hahaha..
Kwang kwang kwang~...*kidding
Like I said in my twitter,
"I've learned that Cinta,harus berlandaskan cinta pada Allah"..~
cey cey..:-p..
ada,ada..klu dah takde tu,sayang laa mcm mana pun,dia lari jugak..kita yang tertonggeng..haha
Post a Comment