Tuesday, May 24, 2011

Mind Your Language II

Sebelum nak citer dengan lebih lanjut,biar saya share apa yang buat saya tetiba nak menulis pasal bahasa ni.. Mende ni dah lama dipendam..Cuma last week,macam gua citer aritu,bila Dato' Wong ni told me something yang gua tak setuju,gua rasa gua ada tanggungjawab untuk memperbetulkan..Walaupun dalam blog sendiri..huhu~


When I asked the Executive Editor of The Star about what he thinks about our national language,this is what he told me; "Azrul,when I was in school,I was taught BM-'Bahasa Malaysia',but these days they teaching something called 'Bahasa Melayu - so divisive!"..Tu dia jawapan dia..

Mana saya tak hangin baca..huhu~

Kalau orang macam dia,yang dianggap very well educated,dan memegang jawatan penting dalam media utama negara pun boleh berfikiran sebegini,apatah lagi rakyat biasa..Apa maksud beliau dengan 'divisive'?..Takkan gua yang tak abih-abih lagi belajar ni pun nak ajar??huhu..

I had to give him an example,because I think he is confused..Let's take China for example,we all know that in reality,there is no such thing as 'Chinese Language'..(Russell Peters pun ada cakap pasal mende ni in his jokes..huhu..)..Yang ada,hanyalah bahasa Mandarin,Cantonese,Hokkien etc,dan macam-macam lagi..Jadi,dalam konteks yang sama,sebenarnya tiada istilah Bahasa Malaysia kalau diikutkan..Yang ada,hanya Bahasa Melayu..Dalam ertikata lain,Bahasa Melayu adalah dengan automatiknya merupakan Bahasa Malaysia..Takkan itu pun nak cakap 'divisive'?Is it because of the word 'Melayu'?..What about 'English',they don't have 'Bahasa Australia' here in Aussie..Hmm,should I say it's 'divisive'?

Tapi secara realitinya,pemikiran beliau adalah merupakan cerminan kepada pemikiran rakyat yang lain..Ramai yang tidak memahaminya..Dan perkara ini harus diperbetulkan..Sesuatu bahasa yang mempunyai taraf sebagai bahasa nasional,seperti Bahasa Melayu ini,tidak boleh dipandang dari konteks perkauman..Pemikiran seperti Dato' Wong ni,perlu diperbetulkan kerana ia agak bahaya jika dibiarkan..

Kita memilih Bahasa Melayu bukan semata-mata kerana mahu mempertahankan keistimewaan orang Melayu..Kita memilih Bahasa Melayu kerana ia boleh membawa kepada perpaduan rakyat..Bukan sedap-sedap kita jer..Jadi,adalah tanggungjawab kita untuk memastikan yang bahasa ini diangkat sebagai bahasa perpaduan..

Yaa..itulah asal-usul kejadian yang buat saya nak menulis pasal mende ni..Sebab saya tak berapa setuju aritu..huhu~ Tengokkkk,kan dah panjang post ni!hehe..Nak masuk bab Constitution kang lagi panjanggg.. Hmmmm,next post lahh..

I'll tell you how the language,the Constitution,education system and the interaction are co-related with each other,and how important it is,in order for us to achieve true UNITY..Penting untuk kita memahaminya,kerana dalam situasi sekarang,Bahasa Melayu lebih dilihat sebagai 'de facto' language,bukan bahasa rasmi seperti yang sepatutnya,sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan..

Sekian..Gua nak pegi class dulu..Ciao~

No comments: